spot_img
spot_img

Kritikan ahli parlimen DAP kepada sekolah kebangsaan wajar dipandang serius

spot_img

KUALA LUMPUR, 9 Mac — UMNO sebagai parti Melayu tertua di negara ini, telah menyahut seruan Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim untuk mencari formula bagi memperbaiki perpaduan di antara kaum di negara dari peringkat anak-anak kecil lagi.

YDPA tegur ada rakyat Malaysia gagal kuasa bahasa kebangsaan

Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh dilaporkan berkata sekolah vernakular yang mewakili kaum tertentu seperti sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) merencatkan perpaduan negara.

- Advertisement -

(Dr Akmal Salleh – Ketua Pemuda UMNO Malaysia & ADUN Merlimau)

Beliau berkata pemansuhan sekolah jenis kebangsaan ini akan melahirkan sekolah satu aliran bagi mengukuhkan integrasi dan perpaduan kaum. Menurut Dr Muhamad Akmal, rakyat Malaysia telah ‘dipisahkan’ mengikut sekolah pelbagai aliran sejak kecil.

- Advertisement -

Amat malang sekali lagi, DAP yang juga parti komponen dalam kerajaan perpaduan gagal memperlihatkan semangat yang disuarakan oleh UMNO itu dalam usaha memperbaiki perpaduan kaum di negara ini, terutamanya dalam soal integrasi anak-anak dari bangku sekolah.

Parti yang majoritinya disertai dan dipimpin oleh kaum Cina itu ‘bijak’ mencatur tindak balas, dengan memilih Ahli Parlimennya yang berbangsa Melayu, Syerleena Abdul Rashid hari ini untuk ‘membidas’ semula kenyataan semangat perpaduan dari Ketua Pemuda UMNO itu.

Dakwa Syerleena, Dr Akmal adalah seorang yang tidak memahami sistem pendidikan di Malaysia kerana menyokong sistem persekolahan satu aliran.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu mendakwa sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan adalah berkualiti, kerana itu ia mendapat pilihan tinggi di kalangan ibubapa, tanpa memberikan sebarang statistik atau fakta dari kenyataan ini.

“Ibu bapa ini termasuklah bekas Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya merujuk kepada anak-anak Asyraf Wajdi yang dikatakan belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Kenyataan dari Ketua Pemuda UMNO adalah selari dengan titah Yang Dipertuan Agong Sultan Iskandar semasa istiadat perasmian parlimen baru-baru ini. Baginda bimbang berkenaan tahap penguasaan bahasa kebangsaan dari kalangan bukan Melayu dan menggesa kerajaan mencari formula supaya integrasi antara kaum dapat dipupuk dari anak kecil.

Bagi menyokong dakwaan ‘betapa bagusnya’ sekolah jenis kebangsaan, Syerleena menambah untuk mengkritik sekolah – sekolah kebangsaan dari segi infrastruktur tandas sekolah.

“Perkara sebegini hampir tidak pernah didengari di sekolah vernakular kerana dana dikumpul sendiri dan masalah infrastruktur diselesaikan sendiri,” kata Syerleena yang mungkin menyedarkan kerajaan kerana sekolah jenis kebangsaan tidak perlu bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan dengan banyak.

Secara rambang tanpa memberikan fakta, Syerleena juga menyebut beberapa kelemahan lain yang ada di sekolah kebangsaan berbanding sekolah jenis kebangsaan, adalah seperti kekurangan tenaga pengajar, bilik darjah yang sesak dan sukatan pelajaran yang lapuk, di mana ia tidak menyediakan pelajar untuk dunia sebenar.

Di samping itu, beliau menyebut kekurangan sumber kewangan di sekolah kebangsaan yang menjejaskan kualiti pendidikan pelajar, dan seterusnya menjurus akan pembentukan jurang dalam kualiti pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar.

Namun ahli parlimen DAP itu gagal menyatakan cadangan bagaimana formula integrasi antara kaum dari anak-anak kecil boleh direalisasikan.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img