test
spot_img
spot_img

Amaran untuk tidak guna agama bagi capai matlamat politik di Johor

spot_img

ISKANDAR PUTERI, 9 Mei — Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini memberi amaran kepada semua wakil rakyat supaya tidak menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik.

Beliau berkata sebagai ADUN, mereka bertanggungjawab untuk menjaga kesopanan dan menjunjung kredibiliti institusi DUN Johor.

“Saya tidak mahu mendengar mana-mana ahli politik di Johor yang sewenang-wenangnya memecahbelahkan rakyat berdasarkan sentimen (agama dan perkauman).

- Advertisement -

“Politik harus menjadi alat untuk menyatukan semua parti, dan bukan untuk memecahbelahkan rakyat Johor. Jangan sesekali jadikan agama sebagai alat politik,” katanya dalam ucapan sulungnya pada perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini.

Tunku Ismail juga berpesan agar mereka tidak mengambil mudah isu sensitiviti agama.

Beliau berkata undang-undang mesti dikuatkuasakan dengan tegas bagi mengelak berulangnya insiden yang menyebabkan ketidakharmonian.

- Advertisement -

“Ini adalah amaran pertama saya dan saya harap ia akan menjadi amaran terakhir saya.

“Jadi, jangan ulangi kesilapan sama yang hanya akan memusnahkan keharmonian sosial di Johor,” katanya.

Keharmonian kaum dan agama di Malaysia goyah berulang kali serta diuji sejak awal tahun ini.

Pada bulan Mac, rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart menghadapi pemboikotan di seluruh negara selepas salah satu kedai itu didapati menjual stokin dengan perkataan “Allah”.

Ini diikuti oleh syarikat kasut yang berpangkalan di Johor di bawah jenama Vern yang turut mendapat kecaman kerana logo kasut yang menyerupai tulisan Arab untuk Allah.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga memuji ADUN di Johor kerana kematangan dan profesionalisme mereka mengenepikan ideologi dan fahaman politik yang berbeza untuk meningkatkan ekonomi Johor.

“Saya ingin mengingatkan setiap pemimpin di Johor supaya mengutamakan kepentingan rakyat dalam apa jua keputusan yang mereka buat.

“Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan semua program dan projek yang dijalankan mesti memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat Johor,” katanya.

Baginda juga bertitah untuk ADUN mencapai matlamat membasmi keminskinan tegar di Johor menjelang 2026.

“Menjadi keutamaan saya untuk memastikan setiap rakyat Johor mempunyai makanan, tempat tinggal, mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan. Saya juga faham keresahan rakyat dan ekonomi global khususnya melibatkan peningkatan kos sara hidup, kesukaran mendapat pekerjaan dan harga barangan tidak stabil”, titah baginda.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img