spot_img
spot_img

Forum Pengampunan Najib : Majlis Peguam pertahan Hakim Nazlan

spot_img

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam Karen Cheah berkata adalah salah untuk membincangkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Nazlan Ghazali di Parlimen.

Cheah berkata perbincangan itu tidak sepatutnya berlaku atau diteruskan kerana ia melanggar Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya fikir menteri itu, sebagai seorang peguam yang mengamalkan dan yang biasa dengan artikel dalam Perlembagaan Persekutuan, juga sepatutnya mengingatkan dirinya tentang fakta sedemikian,” sindirnya jelas terhadap Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said.

- Advertisement -

(Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said)

Cheah berkata demikian pada satu forum semalam.

- Advertisement -

Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan melarang perbincangan di parlimen mengenai kelakuan hakim melainkan terdapat usul substantif yang tidak kurang daripada satu perempat daripada ahli Dewan telah memberi notis.

Cheah juga berkata seseorang dalam kalangan ahli Parlimen boleh juga membangkitkan Point of Order atau Standing Order mengenai perbincangan yang melanggar Perkara 127.

“Bagi saya, Perkara 127 adalah penting kerana ia sepatutnya menjaga integriti dan kebebasan badan kehakiman.

“Pihak eksekutif tidak sepatutnya membangkitkan isu ini di Parlimen yang akan menjejaskan badan kehakiman sebagai sebuah institusi.”

Pada 23 Feb, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau menerima surat daripada SPRM yang menyatakan agensi itu telah menyerahkan laporan mengenai siasatannya terhadap Nazlan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 21 Feb.

Menurut SPRM, Nazlan telah melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International Najib Razak.

Nazlan telah mensabitkan kesalahan bekas perdana menteri itu pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah lebih RM42 juta dana milik SRC. Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.

Namun, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan persoalan tentang kredibiliti Hakim Nazlan dengan berkata di majlis yang sama, badan kehakiman mesti dibenarkan berdepan kritikan dalam ruang lingkup betul dan tidak menghina mahkamah.

(Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah)

Shafee berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mengikut prosedur apabila menyiasat Nazlan apabila badan itu mengambil inisiatif melaporkan kepada ketua hakim negara, seperti diperuntukkan undang-undang. Tetapi ia terpulang kepada ketua hakim negara untuk mengambil atau membuangnya ke dalam tong sampah atau bertindak ke atasnya.

Forum bertajuk “Public Forum on MACC, the Ex-PM and the Independence of the Judiciary” itu dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Dalam surat kepada peguamcara Najib, Shafee & Co, pada 6 Apr, Azalina mengesahkan siasatan SPRM terhadap Nazlan menyimpulkan beliau telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik berkepentingan ketika mempengerusikan kes SRC International.

Beliau berkata, ia berdasarkan laporan bertarikh 20 Feb mengandungi penemuan SPRM yang dipanjangkan kepadanya, sambil menambah SPRM telah menemui “isu salah laku” Nazlan yang “perlu dipertimbangkan ketua hakim negara”.

Pada 24 Feb, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Tengku Maimun memutuskan SPRM tidak mengikut protokol semasa menjalankan siasatan ke atas Nazlan.

(Kiri Tengku Maimun dan kanan Hakim Nazlan)

Mahkamah tertinggi itu berkata, badan penyiasat seperti SPRM mesti berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim. Kegagalannya berbuat demikian menunjukkan terdapat “kekurangan bona fide di pihak mereka”.

Kini nasib Najib berada di tangan Yang Di Pertuan Agong sama ada akan mengampun beliau atau tidak. UMNO akan mengadap Agong tidak lama lagi untuk menyampaikan hasrat pengampunan. Beberapa pertubuhan bukan Melayu seperti BERSIH amat menentang pengampunan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan majlis pengampunan sebelum dipersembahkan kepada Agong.

Bukan Melayu tidak sokong pengampunan Najib

Pembebasan dan pengampunan Najib amat perlu bagi UMNO dan kerajaan untuk menarik sokongan sebahagian orang Melayu pada PRN akan datang. Seperti artikel Berita Tular sebelum ini, terdapat juga pihak di dalam kerajaan yang tidak selesa dengan perkembangan ini kerana ia boleh menguatkan UMNO menjadi parti dominan di dalam kerajaan semula.

BERSIH semakin vokal dan mendesak berkenaan isu pengampunan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img