spot_img
spot_img

PN masih gagal raih sokongan bukan Melayu di PRK KKB

spot_img

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Perikatan Nasional (PN) sangat berharap kepada undi Melayu majoriti dan sebahagian undi masyarakat India untuk memastikan kemenangan di Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru (PRK KKB). Ini kerana menurut penganalisis, PN masih gagal meraih majoriti sokongan bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

Resolusi Konvensyen PN baru – baru ini tidak berjaya direalisasikan untuk menarik kaum bukan Melayu mengundi gabungan itu.

Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan dari segi material seperti risalah dan sepanduk dalam pelbagai bahasa, namun PN hanya memaparkan bahasa kebangsaan sahaja. Apa yang dilakukan oleh PN adalah terbaik dalam konteks bahasa Malaysia, namun PH berjaya menyampaikan mesej dengan lebih dekat kepada kaum bukan Melayu melalui bahasa harian mereka.

- Advertisement -

PN melalui PAS juga telah melakukan kesilapan awal apabila menimbulkan isu sekolah jenis kebangsaan Cina untuk melemahkan calon PH, Pang Sock Tao dari DAP. Walaupun sekolah kebangsaan adalah terbaik bagi penyatuan kaum dalam negara ini, hakikatnya, ia adalah suatu kelebihan kepada PH melalui DAP yang mempertahankan sekolah vernakular itu demi kaum Cina.

Masyarakat Cina adalah penentu bagi PRK KKB ini kerana mereka membentuk 40% pengundi. Kaum Melayu akan berpecah antara mengundi PN atau UMNO di gabungan PH-BN.

“Inilah cabaran parti kami, tiada faktor menarik sokongan orang Cina, nak masuk kawasan Cina pun kurang keyakinan”, ujar pekerja pilihanraya PN yang berasal dari Ampang yang tidak mahu dikenali.

- Advertisement -

Sudah terpancar di minda jentera PN bahawa pengundi bukan Melayu kurang menyebelahi mereka. PN hanya mengharapkan pengundi India untuk memberi undi majoriti kepada PN.

PRK KKB adalah melambangkan pola negara Malaysia di mana polarasi penduduk amat memerlukan sokongan minoriti apabila kaum majoriti berpecah. Jika mana-mana parti politik tidak berjaya meraih sepenuhnya undi kaum minoriti, parti tersebut tidak boleh memerintah Malaysia yang majmuk. Ia akan kekal mentadbir negeri yang dipopulasi oleh suatu kaum sahaja , seperti parti PAS memerintah negeri bermajoriti Melayu Islam, Kelantan, di mana parti Islam itu mentadbir lebih 20 tahun.

Kerusi Kuala Kubu Baru kosong berikutan kematian ADUN tiga penggalnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

PN mengetengahkan Khairul Azhari Saut daripada Bersatu. Manakala 2 lagi calon ialah Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan calon bebas Nyau Ke Xin. Calon PH dikatakan mampu menang pada PRK ini, namun majoriti akan sedikit merosot ekoran jumlah keluar mengundi yang kurang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img