spot_img
spot_img

Semua parti politik Cina sepakat pertahan sekolah vernalukar

spot_img

Kuala Lumpur 15 Mac – Parti MCA yang merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) juga sepakat dengan DAP untuk mempertahankan sekolah jenis kebangsaan. Ini menunjukkan naratif politik kaum Cina mengutamakan perjuangan bangsa mereka, bukan taksub kepada kepartian.

Ia sangat berbeza dengan parti-parti politik Melayu kerana setakat ini, hanya UMNO melalui sayap pemudanya menyuarakan dengan agresif supaya formula perpaduan dari bangku sekolah dijayakan, seiring dengan titah Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim sewaktu perasmian pembukaan sessi parlimen baru-baru ini.

Selepas satu kenyataan dari ahli parlimen DAP berbangsa Melayu yang mempertahankan sekolah jenis kebangsaan, kini giliran Setiausaha Pemuda MCA, Saw Ye Fung berkata cadangan untuk mewujudkan sistem pendidikan satu aliran dianggap tidak relevan dan hanya mahu memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini.

- Advertisement -

Walaupun MCA berada di dalam gabungan kerajaan bersama UMNO, tetapi mereka senada dengan DAP. Wakil MCA itu berpendapat tindakan Pemuda UMNO membangkitkan isu pendidikan satu aliran pada masa ini dianggap tidak produktif untuk kemajuan negara.

“Bagaimana dikatakan sekolah satu aliran, atau sekurang-kurangnya kaedah sekolah wawasan (semua sekolah pelbagai aliran dalam satu kawasan) dikatakan memecahbelahkan kaum ? Padahal anak-anak kecil boleh bercampur gaul. Orang yang tidak jujur sahaja memberi komen sebegini”, kata seorang guru sekolah menengah di Petaling Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Amir.

Beliau berkata pengasingan pergaulan dan perbezaan bahasa sejak dari bangku sekolah akan menyebabkan jurang antara kaum bertambah serius.

- Advertisement -

“Pernah lihat anak-anak Cina bermain bolasepak di padang taman bersama anak-anak Melayu sekarang ? Cina dengan sukan sekolah mereka iaitu bola jaring, anak Melayu dengan bola sepak. Tiada lagi pergaulan seperti dahulu”, ujarnya yang melihat ini boleh tercetus pergaduhan jika ada sedikit sahaja isu yang timbul kerana masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO konsisten dalam menyahut seruan YDPA berkenaan penguasaan bahasa kebangsaan serta perpaduan dari bangku sekolah dan terus mencadangkan usaha ke arah itu dihidupkan kembali dengan membuka suatu ruang dialog nasional bagi meneroka wawasan baharu ke arah integrasi pendidikan negara.

Exco Pemuda UMNO, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, ini kerana segregasi atau pemisahan kaum yang berlaku dalam negara telah bermula sejak bangku sekolah.

(Shah Zanuriman)

Menurutnya, perkara itu memberikan kesan buruk kepada perpaduan rakyat negara.

“Isu sekolah pelbagai aliran bukan bermula baru-baru ini oleh Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, sebaliknya telah dibahaskan oleh ahli akademik sejak dulu lagi.

“Malahan mendiang Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim pernah menyatakan semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan kerana sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, Pemuda MCA seharusnya menyahut baik seruan Pemuda UMNO untuk ruang dialog nasional diadakan secara ilmiah dan ia bukanlah permintaan yang melampau.

“Dialog ini bagi membolehkan mereka menyatakan hujah serta membuktikan pandangan secara ilmiah bukannya mengugut dengan menggunakan perkataan perlembagaan dan mahkamah,” katanya.

Hingga hari ini, pihak pembangkang yang terdiri daripada parti Melayu terbesar iaitu Perikatan Nasional (PN) belum bersuara akan isu sekolah jenis kebangsaan. Mereka hanya mengutarakan isu kantin sekolah di bulan puasa dan makanan warisan ‘Bak Kut Teh’.

“Jika semua parti politik Melayu tidak bersatu dalam soal pendidikan demi perpaduan negara, ia tidak akan berjaya dan titah YDPA hanya akan tertulis di dalam sejarah, tetapi tidak berjaya dilaksanakan oleh kerajaan kerana tiada kesepakatan dari wakil-wakil orang Melayu yang sebenarnya adalah majoriti di dalam parlimen untuk menggubal sesuatu perkara yang penting bagi rakyat. Masing-masing (parti politik Melayu) lebih mengutamakan kelebihan dan manfaat politik yang diraih berbanding untuk sepakat demi kebaikan negara”, kata Amir yang bersetuju bahawa isu kaum dan agama akan terus mendominasi politik tanahair dan kaum minoriti yang bersatu padu akan menerima manfaat yang paling banyak dari perpecahan kaum majoriti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img