spot_img
spot_img

Kontrak Solarvest RM15j sahaja, bukan RM300j – Petronas

spot_img

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Petronas , Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, menafikan nilai kontrak yang dianugerahkan kepada Solarvest adalah RM300juta, sebaliknya hanya RM15juta . Ia bukan seperti RM300 juta seperti diwar-warkan oleh syarikat solar tersebut.

“Saya sedar terdapat spekulasi mengatakan kontrak itu bernilai RM300 juta, namun ia tidak seperti diperkatakan,” ujar Tengku Muhammad Taufik.

Pelbagai pihak mengkritik keputusan Petronas itu yang didakwa tidak melantik syarikat bumiputera dan tidak selari dengan dasar Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) bagi melaksanakan pemasangan sistem solar bernilai RM300 juta di 300 stesen minyak miliknya di seluruh negara.

Jika bukan GLC bantu usahawan Melayu, siapa lagi ?

- Advertisement -

 

Namun Petronas mempertahankan pemilihan Solarvest Energy Sdn. Bhd., anak syarikat Solarvest Holdings Berhad berdasarkan merit dan piawaian teknikal dan mempunyai jangka masa ditetapkan menyusul kepada pengambilan kontrak projek turnkey.

- Advertisement -

Tengku Muhammad Taufik pemberita ketika pengumuman prestasi kewangan Petronas di sini, semalam

Pada masa yang sama, beliau berkata, Petronas prihatin dalam agenda mendokong sektor bumiputera dalam penglibatan bagi peralihan tenaga.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img