spot_img
spot_img

Jika bukan GLC bantu usahawan Melayu, siapa lagi ?

spot_img

Kuala Lumpur : Apabila para menteri yang membuat dasar termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC – Government Link Companies) tidak mengarahkan dalam memberikan kerja serta projek kepada syarikat-syarikat Bumiputra, semua perkara berkenaan Kongress Ekonomi Bumiputera adalah tidak lebih sekadar satu ‘pertunjukkan kosong’ sahaja.

“Kita lihat banyak sejarah termasuk dari kerajaan-kerajaan sebelum ini, mereka yang ada kuasa melantik syarikat, lebih suka memberi kepada bukan Melayu”, kata Ahmad Lutfi Sulaiman, 54, yang merupakan pemilik syarikat Kejuruteraan Awam.

Menururnya walaupun projek-projek kerajaan itu diberi nama sempena projek ‘Bumiputera’ , tetapi menteri atau mereka yang ada decision maker’ lebih suka memberi kepada bukan Bumiputera.

- Advertisement -

“Kita akui kekuatan kewangan mereka sebelum projek dilaksanakan berbanding usahawan Bumiputera yang memerlukan penganugerahan projek bagi menerima dana. Tetapi jika sokongan awal tidak diberikan, sehingga bila pun sektor ekonomi akan dikuasai oleh kaum yang sama, sama ada di swasta atau sektor kerajaan. Jadi pihak yang mempunyai kuasa terutamanya orang Melayu harus ada semangat dan keyakinan dalam membantu kami”, ujar beliau lagi.

Baru-baru ini, timbul persoalan di kalangan usahawan Bumiputera di mana Petronas tidak melantik syarikat bumiputera bagi melaksanakan pemasangan sistem solar bernilai RM300 juta di 300 stesen minyak miliknya di seluruh negara.

- Advertisement -

(Gentari anak syarikat Petronas)

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Felda Malaysia (DPBFM), Datuk Mokhtar Mohd. Ghazali berkata, keputusan Petronas yang melantik salah sebuah syarikat bukan bumiputera bertentangan dengan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB’24).

Menurutnya, pelantikan syarikat itu menidakkan agenda KEB’24 yang bertujuan mengangkat ekonomi Melayu dan bumiputera.

“Syarikat bumiputera tidak dapat merasai kek ekonomi Petronas yang bernilai RM300 juta kerana kos bagi setiap stesen minyak kira kira RM1 juta bagi setiap satu projek.

“Banyak syarikat bumiputera berwibawa mampu melaksanakan projek ini jika diberi peluang tetapi dipandang sebelah mata oleh Petronas,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia semalam.

Mokhtar menyokong kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon yang menyatakan kekesalannya terhadap Petronas yang melantik syarikat bukan bumiputera bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

Menurutnya, syarikat bumiputera secara umumnya mengharapkan GLC seperti Petronas untuk mendapatkan kontrak kerja bagi menikmati kek ekonomi negara yang semakin berkembang maju.

Tegas beliau, Petronas yang membawa aspirasi kerajaan sepatutnya memberikan peluang dan ruang kepada syarikat bumiputera yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam industri penjanaan tenaga suria untuk turut terlibat dalam projek ini.

Tegas beliau, jika inilah amalan Petronas yang tidak menghayati hasrat murni pengasas Petronas untuk memakmur ekonomi Melayu/bumiputera matlamat melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) hanya tinggal di atas kertas.

“Sudah tiba masanya pemimpin Melayu dalam kerajaan melihat dengan serius urus tadbir Petronas secara menyeluruh demi masa depan syarikat Melayu/bumiputera.

Mokhtar berkata, Petronas perlu bersikap lebih adil untuk turut melibatkan syarikat syarikat bumiputera dalam setiap projek bersama syarikat bukan bumiputera.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img