spot_img
spot_img

Kerajaan bercadang untuk membina kasino di Forest City ?

spot_img

Kerajaan Malaysia kini dalam perbincangan awal dengan taikun-taikun kaya mengenai pembukaan kasino di Forest City, menurut sumber dari Bloomberg. Pelan itu adalah antara salah satu usaha untuk memulihkan projek hartanah bernilai AS$100 bilion yang dibina di atas laut perairan Johor di mana tular bahawa Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Johor dan juga Yang Dipertuan Agong Malaysia yang terbaru, adalah pemegang saham terbesarnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu pengasas kumpulan Berjaya Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Genting Group minggu lalu di salah satu lokasi Forest City yang terletak di pantai selatan Malaysia berhampuran Singapura, menurut sumber Bloomberg itu, yang tidak mahu dikenali. Wakil Sultan Ibrahim turut serta dalam pertemuan itu, kata sumber itu lagi.

Rundingan itu adalah di peringkat awal dan tidak jelas betapa dalamnya bagi pihak Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengambil serius akan idea itu, yang boleh menyebabkan tindak balas negatif daripada rakyat Malaysia yang bermajoriti agama Islam – di mana judi adalah haram disisi Islam.

- Advertisement -

Sebuah kasino akan boleh menjadi pemangkin pertumbuhan untuk Forest City, kawasan kondominium bertingkat tinggi yang dibina di atas tanah tebus guna oleh pemaju dari China Country Garden Holdings. Ia telah bergelut untuk menarik penduduk dari China dan negara lain, dihalang oleh pelbagai halangan termasuk tentangan politik di Malaysia, tindakan keras kerajaan China terhadap rakyat yang membeli hartanah di luar negara dan pandemik Covid-19.

Ia juga akan menjadi suatu kelebihan untuk Sultan Ibrahim, seorang ahli perniagaan bilionaire sendiri yang mengawal lebih daripada 20 peratus usaha sama dengan Country Garden yang merupakan pemaju utama Forest City, menurut pemfailan syarikat. Ahli keluarga diraja atau proksi raja juga boleh dijemput untuk mengambil bahagian dalam mana-mana kasino, kata salah satu sumber.

Anwar, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan bersama makan tengah hari dan mesyuarat mengenai kemungkinan memberikan lesen kasino kedua Malaysia.

- Advertisement -

Country Garden berminat untuk mempunyai kasino di kawasan pembangunan mereka itu, sumber yang mengetahui perkara itu berkata, meminta untuk tidak dikenal pasti kerana maklumat itu adalah sulit.

Jurucakap kumpulan Berjaya berkata syarikat itu tidak mengetahui sebarang perbincangan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Vincent Tan mengenai potensi pembangunan mana-mana kasino di Forest City. Pejabat perdana menteri, Istana Negara, Country Garden dan kumpulan Genting juga tidak menjawab permintaan untuk komen daripada Bloomberg.

Kedua-dua taikun itu adalah antara ahli perniagaan yang paling terkemuka di Malaysia dengan perniagaan yang ada kaitan dengan kerajaan Malaysia. Lim ialah pengerusi Genting. Bapanya, Lim Goh Tong, memperoleh lesen kasino pada 1969 untuk membuka kasino pertama Malaysia di sebuah pusat peranginan Genting Highland di negeri Pahang. Genting juga mengendalikan kasino di bebrapa buah negara termasuk Singapura, AS dan UK.

Vincent Tan terlibat dalam perniagaan yang terdiri daripada pembangunan hartanah kepada jenama operasi seperti 7-Eleven dan Starbucks di Malaysia. Dia telah lama menyimpan cita-cita untuk memenangi lesen kasino di Malaysia, tetapi telah ditolak sekurang-kurangnya dua kali, menurut laporan media tempatan. Sultan Ibrahim secara langsung memegang pegangan dalam Berjaya Assets, manakala anak perempuannya adalah pengerusi Berjaya dan unit rel Tanah Berjaya.

Sultan Ibrahim, sultan negeri Johor di mana terletaknya Forest City, menaiki takhta Malaysia pada Januari 2024 sebagai Yang Dipertuan Agong. Malaysia mempunyai sistem raja berperlembagaan yang unik di mana sembilan raja Melayu turun-temurun bergilir-gilir untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai ketua kerajaan berperlembagaan.

Sebarang langkah untuk membangunkan satu lagi kasino di Malaysia boleh menjadi cabaran besar kepada Anwar Ibrahim, yang mengetuai kerajaan campuran yang terdiri daripada hampir 20 parti. Perjudian adalah dilarang di bawah Islam dan orang Islam juga dilarang daripada memasuki kasino Malaysia.

Perjudian adalah salah satu sektor yang paling dikawal selia di Malaysia. Lesen kasino perlu diperbaharui setiap tiga bulan mengikut budi bicara menteri kewangan. Anwar juga memegang jawatan menteri kewangan.

Tetapi hab perjudian baharu akan membawa hasil kepada kerajaan jika direalisasikan. Kasino sedia ada menyumbang sebanyak RM5 bilion (S$1.4 bilion) setiap tahun sebelum wabak Covid19, menurut laporan oleh UOB Kay Hian, pembrokeran yang berpangkalan di Singapura.

Forest City dibina di atas tanah berhampiran Singapura, yang dihubungkan dengan Johor melalui jambatan. Negara kota itu bersetuju dengan Malaysia pada Januari 2024 untuk bersama-sama membangunkan zon ekonomi khas di negeri itu bagi meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara berjiran. Mempunyai kasino di Johor akan mempelawa rakyat Singapura untuk ke Forest City di mana kini mereka yang perlu membayar S$150 untuk kemasukan sehari ke salah satu kasino di negara mereka sendiri.

Pernah menjadi pemaju terbesar China mengikut hasil jualan, Country Garden telah menjadi salah satu syarikat yang mengalami kerugian terbesar dalam krisis hartanah negara China. Syarikat itu baru-baru ini memberi amaran bahawa ia akan terlepas tarikh akhir untuk melaporkan keputusan tahunan, menyebabkan sahamnya digantung daripada berdagang di Hong Kong.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img