spot_img
spot_img

KJ puji Najib pula selepas keputusan pemilihan UMNO terbaru

spot_img

PETALING JAYA: Pemimpin UMNO yang dibuang, Khairy Jamaluddin (KJ) menegaskan pengaruh Najib Razak masih ada dalam Umno. Dakwa KJ, majoriti yang menang pada MKT baru-baru ini adalah penyokong tegar bekas Perdana Menteri itu, yang sangat popular dengan nick nameĀ ‘bossku’.

Kenyataan calon parlimen Sungai Buloh yang tewas pada PRU15 lalu itu seakan mahu ‘menyeimbangkan’ kemenangan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kata sumber kepada Berita Tular. Sumber media melaporkan semalam bahawa pemilihan UMNO kali ini menunjukkan kekuatan Ahmad Zahid dan sokongan pimpinan UMNO kepada kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid muncul Presiden yang kuat dan berkuasa selepas pemilihan UMNO

- Advertisement -

Walaupun Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mengawal parti itu, kata KJ, ā€œsuara di sebalik jeriji besiā€ masih memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan Umno.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa dalam kalangan 25 ahli MKT Umno baru dipilih yang merupakan penyokong kuat Najib ialah Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Lokman Noor Adam. Ini termasuk Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil yang merupakan bekas pegawai khas Najib, dan Johan Abdul Aziz, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Hulu Langat pada PRU15, sebagai penyokong Najib dalam MKT. Jadi KJ yakin suara bossku dari penjara masih penting dalamĀ memainkan peranan untuk menentukan masa depan Umno.

KJ berkata demikian di dalam rancangan podcast ā€œKeluar Sekejapā€ bersama bekas ketua penerangan Umno yang digantung keahliannya, Shahril Hamdan.

- Advertisement -

“Bukan Zahid sangat yang mempengaruhi Umno, tetapi Zahid dan Bosskuā€¦Jadi, sebab itu saya kata cerita Bossku belum selesai”, kata KJ.

KJ berkata, Najib kekal sebagai tokoh masyarakat popular kerana ucapan terima kasih mencurah-curah kepada bekas perdana menteri itu minggu lalu apabila laluan MRT Putrajaya ā€“ yang dicadangkan Najib ketika beliau memerintah ā€“ dilancarkan sepenuhnya.

Menurut seorang ahli UMNO yang tidak mahu didedahkan namanya kepada Berita Tular , kenyataan dari seorang ahli yang telah dibuang oleh parti kerana kesilapannya sendiri tidak perlu menjadi rujukan UMNO lagi.

“Kita tahu dia nak siapa menang.. pasukan mana untuk menang untuk dia kembali (kepada UMNO), tetapi orang lain yang menang”, kata sumber itu.

Ahli UMNO itu berkata, KJ sudah tiada pilihan lain sekarang, jadi mungkin dia dan rakannya yang berkepentingan mahu memainkan card (pilih) kononnya menyokong Najib pula atau mungkin ingin melagakan Najib dan Ahmad Zahid.

“Sebab itu kenyataan sebegitu dikeluarkan. Perlu ingat KJ ini, dulu pun kita kalah dia salahkan Najib”, katanya lagi sewaktu UMNO BN kecundang semasa PRU14 di tangan PH.

UMNO sekarang harus menumpu segala usaha dan peluang yang ada sebagai kerajaan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu semasa PRN akan datang. “Cerita kem-kem atau nak tumbang kerajaan ini sudah habis, sekarang masanya UMNO unite untuk menawan semula hati orang Melayu”, katanya melalui whatsapp ringkas yang dihubungi Berita Tular.

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img