spot_img
spot_img

Zahid muncul Presiden yang kuat dan berkuasa selepas pemilihan UMNO

spot_img

Keputusan ‘keras’ dan tidak popular Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah membawa hasil. Lebih dua pertiga daripada majlis tertinggi Umno yang baharu terdiri daripada pasukan yang mendokong aspirasi presiden UMNO.

Dua daripada tiga naib presiden baharu itu juga daripada pasukannya, dan seorang lagi dari pasukan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menang top 2 dalam jawatan Naib Presiden dan figura korporat Datuk Seri Johari Ghani tempat ke tiga.

- Advertisement -

Begitu juga dengan ketua-ketua sayap, mereka merupakan pendokong Presiden dan melakar kemenangan. Ketua Wanitanya ialah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, yang merupakan penyandang jawatan itu dan Ketua Pemudanya ialah muka baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.

(ADUN Merlimau, Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh mengundi bagi pemilihan pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini. – Foto Pristineworks/ Ahmad Fadali)

- Advertisement -

Menurut sumber dalaman UMNO, Ahmad Zahid kini telah muncul sebagai presiden yang sangat kuat dan berkuasa, dikelilingi orang yang setia kepadanya.

Ahmad Zahid dihormati oleh akar umbi UMNO kerana berani membuat keputusan yang sukar walaupun keputusan itu tidak popular dan kini dia mempunyai pasukan yang boleh menyokongnya, kata Nur Jazlan yang dipetik dari The Star,  yang juga kembali memegang ketua bahagian UMNO Pulai, menang tanpa bertanding.

Namun seperti biasa, pengkritik UMNO mahupun segelintir orang UMNO sendiri masih tidak berpuas hati dengan Presiden UMNO itu yang didakwa menyekat pertandingan untuk dua jawatan tertinggi parti. Tetapi penyokong Presiden mengatakan bahawa Ahmad Zahid layak kekal menerajui parti keramat itu kerana sanggup menakhodai UMNO semasa zaman paling gelapnya.

Beliau tidaklah sempurna tetapi mengikut keputusan pemilihan parti baru-baru ini, nampaknya parti itu menerima kepimpinannya, sebagai ketua yang berjaya. Perkara tersebut tidak dapat dipertikaikan buat masa ini.

Umno adalah tulang belakang kepada kerajaan perpaduan dan Ahmad Zahid akan dapat memberi jaminan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Umno adalah rakan kongsinya yang stabil.

Ahmad Zahid, seperti yang disedari ramai, telah dipandang rendah. Dengan media yang sering memainkan kes mahkamahnya sejak sekian lama dan pemimpin pembangkang ‘membelasahnya’ sejak PRU14, tetapi Ahmad Zahid membuktikan bahawa beliau adalah seorang politician kental yang bersedia melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjatuhkan musuhnya dan untuk kekal menang.

UMNO dilihat kukuh kerana mempunyai gabungan naib presiden yang seimbang – seorang menteri besar, seorang menteri dan seorang tokoh korporat. Kerjasama yang baik pasti dapat diberikan kepada Presiden dalam memperkasakan parti UMNO semula.

Difahamkan, lebih 50 ketua bahagian yang sealiran dengan Ahmad Zahid mengekalkan jawatan mereka pada pemilihan bahagian ini.

Banyak pembaharuan sedang berlaku di peringkat bahagian di mana wajah yang lebih muda telah meningkat naik.

Sebagai contoh, Khairul Azwan Harun, yang lebih dikenali sebagai Wan Bro, ialah ketua bahagian Pasir Salak yang baharu menggantikan Tan Sri Tajuddin Rahman.

Wan Bro berjaya mengalahkan Dr Faizal Tajuddin, anak sulung Tan Sri Tajuddin Rahman.

Pemilihan UMNO kali ini juga dapat melihat legasi anak-anak Datuk Seri Najib Razak dalam politik Umno.

Nooryana Najwa, anak perempuannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor, memenangi tempat dalam exco Puteri Umno dan beliau juga ketua sayap Lembah Pantai yang baharu.

Anak lelakinya, ADUN Peramu Jaya Mohd Nizar hasil perkahwinan pertamanya, adalah Naib Ketua Pekan yang baharu.

Manakala yang paling menggemparkan ialah Nazifuddin, adik kepada Mohd Nizar, yang dipilih sebagai ketua bahagian Langkawi yang baharu. Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan dalaman parti, tetapi dilihat sebagai kemenangan buat bapanya, di mana Nazif seolah-olah membalas dendam terhadap Tun Dr Mahathir yang pernah menang di Parlimen Langkawi pada PRU14 lalu yang menyebabkan kepimpinan bapanya rebah.

Majoriti UMNO masih lagi diketuai oleh muka-muka lama di dalam Majlis Kerja Tertinggi mereka. Ada yang kalah di dalam pilihanraya juga menng MKT. Ada yang akan menjadi liabiliti apabila membuka mulut. Pastinya ini akan mengambil masa bertahun-tahun lagi sebelum baka pimpinan baharu UMNO boleh naik dan menyegarkan imej Umno semula.

Kepada yang menang, PRN yang tidak lama lagi adalah KPI yang sebenar mereka untuk menyaksikan adakah UMNO dapat mengambil kembali peratusan undi Melayu atau mengurangkan undi Melayu daripada Perikatan Nasional yang mendominasinya pada PRU15 lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img