spot_img
spot_img

Boleh bayar dengan kad debit atau kredit untuk pengangkutan awam

spot_img

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kelak para pengguna boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran bagi pengangkutan awam. Beliau telah mengarahkan agensi sepertI KTM dan juga Prasarana untuk menggunakan sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan mereka.

Pada hari ini, pengguna hanya boleh membayar menggunakan token atau kad Touch n Go sahaja pada perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan perubahan ini, ia akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam melakukan pembayaran untuk pengangkutan.

Ia dilihat selaras dengan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamatkan ‘monopoli’ TouchnGo dalam pembayaran digital negara.

Monopoli Touch n Go mungkin dihapuskan

- Advertisement -

Anthony Loke mengatakan kelak pengguna yang menaiki bas atau keretapi boleh membayar menggunakan kad kredit atau debit. Ada sumber menyatakan bahawa sistem sedemikian telah diuji di LRT, namun tidak diperkenalkan kepada umum.

Tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini. Anthony Loke turut menekankan yang mana kini hanya memfokuskan kepada pembayaran melibatkan pengangkutan awam sahaja, dan belum lagi untuk lebuhraya – kerana ia tertakluk kepada LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dalam mengadaptasi sistem pembayaran terbuka.

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img