spot_img
spot_img

MRT Putrajaya akan dirasmikan 16 Jun

spot_img

KUALA LUMPUR: Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya fasa satu dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu sepanjang 17.5 kilometer siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.

Pengarah Projek MRT Putrajaya Line Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) , Datuk Amiruddin Ma’aris, berkata fasa satu yang meliputi sembilan stesen baharu dan tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang, akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang pada 16 Jun ini.

“Pembukaan laluan kedua Projek MRT Lembah Klang dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis pada 16 Jun ini,” katanya pada sesi taklimat media di sini, hari ini.

- Advertisement -

Sembilan stesen baharu yang akan dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu, manakala tiga stesen yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Kajang ialah Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh.

Ketiga-tiga stesen ini telah beroperasi sejak 2016 apabila MRT Laluan Kajang fasa satu dibuka.

Bagaimanapun, stesen berkenaan ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi kerja-kerja pemindahan stesen untuk menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Putrajaya yang baharu.

- Advertisement -

Stesen terbabit juga kini telah berjaya dipindahkan ke MRT Laluan Putrajaya dan akan dibuka semula pada 16 Jun ini.

Amiruddin berkata, penumpang boleh bertukar antara tren MRT Laluan Putrajaya dan MRT Laluan Kajang di Kwasa Damansara.

“Pertukaran tren ini amat mudah kerana penumpang hanya perlu berjalan melintasi platform untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Laluan baharu itu juga dihubungkan dengan perkhidmatan tren KTM di Sungai Buloh, Sri Damansara Timur (dengan Stesen KTM Kepong Sentral), dan Kampung Batu.

“Di Kampung Batu, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur dengan pertukaran ke laluan KTM Komuter Batu Caves-Pulau Sebang,” katanya.

Satu lagi alternatif ialah dengan menggunakan Bas Rapid KL No 173 untuk ke Lebuh Ampang.

Kampung Batu juga mempunyai perkhidmatan bas percuma Go KL Laluan Merah Manggis.

Amiruddin berkata, fasa satu akan mempunyai 20 set tren dengan setiap set tren terdiri daripada empat gerabak dan boleh membawa seramai 1,200 penumpang.

“Operasi tren adalah secara automatik sepenuhnya dan tidak memerlukan pemandu,” katanya.

Sejumlah 13 laluan bas perantara juga akan mula beroperasi pada 16 Jun ini.

Bas berkenaan akan memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiaran stesen, seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong dan Bandar Baru Selayang.

Terdapat juga kemudahan parkir di tujuh stesen dengan jumlah tempat letak kereta lebih daripada 2,800 petak.

Amiruddin berkata, pembinaan untuk fasa dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral sedang berjalan dengan lancar.

“Kemajuan untuk fasa dua kini berada pada tahap 98 peratus. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja seni bina, jalan penghubung, landskap serta pengujian dan pentauliahan.

“Operasi fasa dua dijangka bermula pada Januari 2023 dan ini akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img