spot_img
spot_img

Tun Ingin Bawa Semula F1

spot_img

Malaysia berhasrat mengembalikan perlumbaan Formula Satu (F1), kerana masih banyak minat dalam sukan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, Tun M dilaporkan oleh akhbar The Star berkata minat untuk F1 di kalangan rakyat masih tinggi dan ia menjana minat rakyat terhadap industri automotif. 

“Kerana itu kami mahu perlumbaan itu diadakan di sini seperti dahulu,” ujar beliau ketika berucap di majlis makan tengahari Dewan Perniagaan Amerika Malaysia semalam.

- Advertisement -

Tun juga menambah ramai rakyat Malaysia yang “ketagih” dengan kenderaan dan membeli pelbagai jenis kenderaan.

Beliau berkata walaupun Sepang tidak lagi menganjurkan F1, litar itu masih sibuk dengan aktiviti sukan bermotor.

“Ramai yang ke sana untuk berlumba, contohnya perlumbaan motosikal.”

- Advertisement -

“Dan ramai orang membeli kereta-kereta mahal, terutama orang Singapura. Di sana, mereka tidak ada peluang untuk memandunya. Bila mereka ke Malaysia, mereka anggap melanggar peraturan halaju di sini adalah okay,” ujar beliau.

Tun Mahathir turut merasakan bahawa jika F1 kembali ke Malaysia, akan ada ramai penonton.

“Kita akan dapat ramai penonton, lebih dari 100,000 orang dan ia akan menguntungkan kita.”

“Bila kita anjurkan F1, stesen-stesen TV akan menyiarkannya di seluruh dunia kepada lebih kurang 200 juta penonton,” katanya sambil menambah itu adalah satu promosi yang baik mengenai Malaysia.

Dalam tahun 2017, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 tidak akan diperbaharui.

Ia dilakukan kerana penurunan keuntungan yang ketara sejak ia mula dianjurkan dalam tahun 1999.

Dr Mahathir, bagaimanapun, tidak menyebut dengan tepat apabila perlumbaan itu boleh membuat kemunculan semula di negara ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img