SHAH ALAM – Tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan lancar.
Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi juga dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi.
“InsyaALLAH, marilah kita terus berdoa agar Tuan Guru kekal bertenaga untuk terus mengemudi Pas sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hadi pada 16 Mei lalu selamat menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN).