Sudah pasti kita rasa mengantuk selepas waktu makan. Ada beberapa sebab anda rasa mengantuk atau lesu selepas makan tengah hari.
Pilihan Makanan
Makanan dengan indeks glycemic tinggi (cepat meningkatkan kadar gula dalam darah). Glukosa dalam makanan ini akan cepat masuk ke peredaran darah dan menyebabkan kadar insulin meningkat. Awalnya mungkin membuatkan anda rasa lebih bertenaga. Tapi ketika gula meninggalkan aliran darah dengan cepat, kemudian tenaga turun dengan cepat dapat dirasakan.
Makanan yang tinggi indeks glycemic yang termasuk makanan yang diproses dan makanan berkarbohidrat seperti roti putih, pasta, nasi putih, bijirin rendah serat, oat segera, ubi jalar, jus, soda, dan yang mengejutkan seperti kurma, tembikai, nanas, kismis, dan pisang.
Berjalan Sebentar
Mencerna makanan memerlukan tenaga, bantulah tubuh anda dengan berjalan kaki singkat, 15 minit selepas makan. Kajian menunjukkan bahawa, berjalan kaki ringan selepas makan tidak hanya membantu sistem pencernaan, tetapi juga membantu glukosa turun dari aliran darah.
Cukup 15 hingga 20 minit, anda boleh berjalan-jalan di sekitar kompleks atau pusat membeli-belah tempat anda makan. Aktiviti ini dapat juga melepaskan endorfin yang dapat membantu menjernihkan fikiran dan membuat anda merasa lebih bertenaga.