spot_img
spot_img

Memalukan .. bahasa Melayu pun merangkak-rangkak

spot_img

KUALA LUMPUR – Amat memalukan apabila seorang ahli Parlimen termasuk Menteri Kerajaan Malaysia Madani masih merangkak-rangkak membaca atau bertutur bahasa Melayu, kata Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Ketua Peneranganya, Datuk Razali Idris berkata perkara tersebut tidak boleh diterima dan perlundiberi perhatian kerana Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pernah menyentuh berkenaan penguasaan bahasa kebangsaan semasa istiadat pembukaan parlimen Isnin lepas.

Berita Tular dapati hingga hari ini, belum ada mana-mana wakil sari blok kerajaan menyambut titah baginda berkenaan isu bahasa tersebut.

Belum ada menteri sambut titah YDPA berkenaan isu bahasa kebangsaan dan perpaduan dari anak kecil

- Advertisement -

 

Razali berkata titah Agong ada kebenarannya apabila beliau sendiri menyaksikan masih ada Ahli Parlimen blok kerajaan termasuk menteri dan timbalan menteri yang merangkak-rangkak membaca atau bercakap dalam bahasa kebangsaan.

Justeru Razali berkata, sistem pendidikan negara perlu diperkukuhkan khususnya dalam penguasaan bahasa Melayu.
Isu bahasa dan pendidikan amat kritikal kepada parti komponen kerajaan iaitu DAP di mana penyokong mereka mempertahankan silibus pendidikan Cina bagi anak-anak sekolah dan menentang penubuhan sekolah integrasi antara kaum seperti Sekolah Wawasan.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bertitah mengenai kepentingan menguasai bahasa kebangsaan.
- Advertisement -

Baginda berharap Kerajaan Madani dapat melaksanakan dasar mengukuhkan perpaduan antara rakyat negara ini melalui penguasaan bahasa Kebangsaan.

YDPA tegur ada rakyat Malaysia gagal kuasa bahasa kebangsaan

 

“Saya perhatikan setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain.

“Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

“Pepatah Melayu ada menyebut, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” – yang bermaksud jika kita hendak melahirkan generasi masa hadapan yang bersatu padu dan saling memahami, kita mesti membentuk mereka sejak anak kecil,” titah baginda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img