London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Khasiat Kacang Hijau

spot_img

BAGI anda yang tidak tahu, kacang hijau ini merupakan salah satu daripada kategori sayur-sayuran. Kebanyakan sayur-sayuran akan mudah layu dan hilang khasiatnya apabila dimasak terlalu lama.

Namun berlainan dengan kacang hijau kerana khasiatnya tidak akan berkurangan meskipun direbus lama. Ia juga tidak terpengaruh dengan panas.

Bukan hanya rasanya yang sedap, khasiatnya pun banyak. Satu kelebihan pada kacang hijau ini adalah tauge. Tauge mengandungi vitamin E yang tak ada pada kekacang yang lain. Sinar Plus ingin kongsikan dengan anda semua khasiat kacang hijau.

- Advertisement -

1. Turunkan berat badan

Kacang hijau baik untuk anda yang ingin diet kerana kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat badan.

Tetapi masih perlu diiringi dengan senaman supaya lebih berkesan.

- Advertisement -

2. Menjaga Kesihatan Kulit dan Rambut

Kandungan protein dan zink dalam kacang hijau dapat membantu menjaga kesihatan kuku dan rambut. Selain itu, manfaat kacang hijau juga dapat membantu meremajakan kulit kerana kandungan phytoestrogen membantu membekalkan kolagen dan menjaga kulit supaya tetap elastik, lembut serta mencegah penuaan.

3. Menguatkan gigi dan tulang

Kandungan phosphor dan kalsium yang terdapat di dalam kacang hijau sangat membantu dalam mengawal pembentukan tulang dan gigi.

4. Kesihatan jantung

Sebagai salah satu organ penting di dalam badan kita adalah melindungi kesihatan jantung. Sangat penting menjaga kesihatan jantung. Bukan saja melalui senaman tetapi kita juga perlu mengambil makanan yang baik untuk jantung salah satunya adalah kacang hijau.

Kandungan serat dalam kacang hijau dapat menyerap lemak hingga tidak akan menjadi serpihan pada saluran darah yang menyebabkan penyakit jantung dan stroke.

5. Khasiat untuk ibu hamil

Manfaat kacang hijau sangat disarankan untuk ibu yang hamil kerana kandungannya mempunyai protein, Vitaminn B1, B2, folic asid, karbohidrat, lemak tidak tepu, kalsium, foster yang bagus dalam perkembangan sel dan kesihatan janin.

Wanita hamil yang rajin amalkan makan kacang hijau sepanjang kehamilan dikatakan rambut bayinya akan lebat.

6. Baik untuk pesakit Diabetes/Kencing manis

Kacang hijau ialah sejenis makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah. Ini bermakna kacang hijau adalah makanan yang sangat baik untuk pesakit kencing manis. Makanan yang mempunyai kandungan glisemik yang rendah dapat menyebabkan kadar gula menjadi normal.

7. Lancarkan sistem pencernaan

Kacang hijau jugak boleh bantu mempercepatkan sistem pencernaan kerana kandungan seratnya yang cukup tinggi. Ini dapat membersihkan saluran penghadaman, tingkatkan peristalsis usus sehingga dapat kurangkan kotoran yang berkumpul di dalam usus.

8. Menambahkan kandungan darah (Aneamia)

Kandungan zat besi pada kacang hijau adalah yang tertinggi daripada kekacang yang lain dan sangat bagus bagi mereka yang kekurangan kandungan darah dalam badan..

Sekarang dah tahu kan di antara khasiat kacang hijau jadi jangan lupa amalkan!

 

 

Penulis : FATIN SYAZWANI MOHD HANIF

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img