London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Palestine mula putus asa untuk berpindah

spot_img

GAZA: Kebanyakan orang awam di Gaza sudah mula mengabaikan perintah berpindah susulan terlalu banyak arahan pemindahan yang dikeluarkan tentera Israel dalam tempoh 10 bulan perang.

Rata-rata penduduk di wilayah itu semakin berputus asa untuk mencari kawasan selamat atau zon kemanusiaan baharu yang semakin mengecil.

Sepanjang tiga minggu pertama bulan ini, tentera Israel mengeluarkan 11 arahan pemindahan melalui risalah yang dijatuhkan dari pesawat, mesej teks atau melalui media sosial.

- Advertisement -

Arahan itu meminta 250,000 penduduk Gaza untuk meninggalkan tempat perlindungan mereka.

“Tentera Israel akan menjalankan operasi menentang organisasi pengganas di kawasan ini. Demi keselamatan anda, kami menggesa semua untuk segera berpindah,” menurut arahan dikeluarkan kelmarin di wilayah selatan Khan Younis.

Menurut seorang penduduk, Haitham Abdelaal, kebanyakan rakyat Gaza sudah mula penat untuk berpindah, apatah lagi jumlah zon selamat semakin terhad.

- Advertisement -

“Setiap kali kami tiba di suatu tempat, kami menerima arahan pemindahan baharu dua hari kemudian. Ini bukan cara untuk hidup,” katanya kepada AFP.

Peningkatan arahan pemindahan oleh Israel juga menyukarkan pengagihan bantuan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah itu.

Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata, perintah itu menjejaskan tiga telaga air yang memberikan perkhidmatan kepada puluhan ribu orang awam.

“Kadang-kadang arahan pemindahan menutup jalan, termasuk lebuh raya utama Salah Al-Din yang merentasi Gaza dari utara ke selatan.

“Lori terpaksa menggunakan jalan pantai yang sehala dengan Salah Al-Din, pada masa ini dipenuhi dengan kem sementara yang menyebabkan pergerakan penduduk menjadi perlahan,” kata OCHA.

 

 

Sumber : Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img