spot_img
spot_img

McDonald HQ beli McDonald Israel untuk membantu kerugian akibat boikot

spot_img

NEW YORK, 5 April ― McDonald’s Corporation berkata semalam ia akan membeli syarikat Alonyal, yang memiliki 225 restoran McDonald’s di Israel yang telah dilanda kerugian akibat boikot. Boikot ke atas McDonald secara global berlaku setelah kezaliman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestine yang kini telah meragut hampir 35,000 nyawa, terutamanya wanita dan kanak-kanak yang tida berdosa.

McDonald’s menjadi sasaran gesaan boikot selepas restoran francais di Israel menawarkan beribu-ribu makanan percuma kepada askar Israel.

Syarikat Alonyal telah mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun, hari ini memiliki 225 hartanah francais dengan lebih 5,000 pekerja. Semua lokasi dan pekerja akan dikekalkan selepas pengambilalihan itu.

- Advertisement -

“Kami menyedari bahawa keluarga dalam komuniti mereka di rantau ini terus terjejas secara tragis akibat perang dan pemikiran kami bersama mereka pada masa ini,” kata Ketua Eksekutif McDOnald HQ, Chris Kempczinski

Beliau berkata impak boikot itu adalah “memberi kesan,” tanpa mengulas lanjut.

Jualan suku keempat McDonald mengecewakan penganalisis. Di restoran francais di luar Amerika Syarikat, jualan setanding jatu mendadak 0.7 peratus.

- Advertisement -

“Jelas sekali tempat yang kita lihat kesan yang paling ketara ialah di Timur Tengah. Kami melihat beberapa kesan di negara Islam lain seperti Malaysia, Indonesia,” kata Kempczinski.

Ini juga berlaku di negara yang mempunyai populasi Islam yang besar seperti Perancis, terutama untuk restoran di kawasan kejiranan yang ramai Muslim, katanya.

Saham McDonald’s turun hampir 2 peratus dalam dagangan selepas pasaran semalam

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img