spot_img
spot_img

Agihan pendapatan 23 unit dana AmInvest bernilai RM85.2 juta

spot_img

PETALING JAYA – Pengagihan pendapatan untuk 23 unit dana amanah, borong dan dagangan di Bursa (ETF) dari Oktober 2023 hingga Disember 2023 bagi AmInvest adalah sebanyak lebih kurang RM85.2 juta.

Jumlah pengagihan pendapatan bersih itu melibatkan dana-dana konvensional dan patuh syariah dalam pelbagai kelas aset.

Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Management Berhad, Goh Wee Peng berkata, pihaknya gembira dapat melaksanakan   pengagihan pendapatan ini secara konsisten kepada pelabur yang menunjukkan daya tahan syarikat  dan komitmen untuk menyampaikan nilai.

- Advertisement -

“Pengagihan ini adalah contoh dedikasi kami dalam mengutamakan matlamat kewangan para pelabur dan keyakinan kami terhadap kekuatan pendekatan yang kami ambil,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

AmInvest adalah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd.

Kepakaran AmInvest dalam menguruskan pelaburan dan menunjukkan prestasi cemerlang yang konsisten terus meraih pengiktirafan dalam industri.

- Advertisement -

Antara anugerah yang diterimanya baru-baru ini adalah Anugerah Pengurusan Aset Asia Terbaik antara Yang Terbaik 2024; Ekuiti Asia Terbaik sepanjang 10 tahun  dan Dana Sukuk Terbaik dalam negara bagi dana AmAl-Amin.

 

 

 

Sumber –KOSMO! ONLINE

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img