spot_img
spot_img

Company Secretary dalam bentuk digital

spot_img

KUALA LUMPUR: iCompany memperkenalkan khidmat setiausaha syarikat digital bagi memudahkan urusan menubuhkan syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Malaysia.

Sejak dilancarkan November 2023 lalu, aplikasi web ini telah menarik perhatian hampir 200 pengguna.

Dibangunkan sepenuhnya oleh pakar IT tempatan di bawah panduan Setiausaha Syarikat yang berlesen, iCompany menawarkan pelbagai perkhidmatan kesetiausahaan syarikat dalam talian.

- Advertisement -

Antaranya termasuk penyediaan resolusi Syarikat dan dokumen-dokumen lain, pengurusan dokumen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bantuan pematuhan yang terancang serta tugasan kesetiausahaan yang lain.

Pengasas dan CEO iCompany, Asyraq Rashid, berkata syarikat komited untuk memperkasakan para usahawan dengan solusi yang mampu meringkaskan proses penubuhan Syarikat dan mengurangkan kos serta beban pematuhan.

(Asyraq Rashid)

Selain itu, syarikat merancang memperluaskan tawaran dan inovasi berterusan seperti perkhidmatan Perakaunan berteraskan Awan.

- Advertisement -

“Matlamat kami adalah menjadi peneraju dalam industri RegTech,” katanya dalam kenyataan.

Direka dengan paparan muka yang intuitif, iCompany membimbing pengguna langkah demi langkah bagi memastikan proses penubuhan Syarikat dilakukan dengan mudah. Selain khidmat penubuhan Syarikat, iCompany turut menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan untuk membantu perniagaan sepanjang kitaran hidup operasi termasuk Laporan Penyata Tahunan secara automatik, penyimpanan laporan audit tahunan dan banyak lagi.

Pada masa hadapan, iCompany merancang memperkenalkan ciri-ciri seperti E-KYC, Peraturan Hak Majoriti, dan Akaun Pelbagai Peranan.

“Seiring kita melangkah ke 2024, memiliki sebuah syarikat Sdn Bhd sepatutnya bukanlah sesuatu yang membebankan. Komitmen iCompany adalah menyelaraskan kitaran hidup perniagaan daripada penubuhan hingga ke pematuhan tahunan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img