spot_img
spot_img

Gantung keanggotaan parlimen jika masih belum fasih berbahasa Kebangsaan

spot_img

Kuala Lumpur 21 Mac : Sememangnya tepat pada masanya apabila Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya kerajaan mencari kaedah yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan bukan Melayu dan mencari formula memupuk perpaduan dari anak kecil, iaitu di bangku sekolah pada perasmian sidang parlimen baru-baru ini.

“Sejurus sahaja titah baginda, muncul pelbagai isu berkenaan soal perpaduan, bahasa dan agama seperti sekolah jenis kebangsaan, stokin kalimah Allah, Bak Kut Teh dan sebagainya. Seolah-olah teguran YDPA itu menimbulkan semua masalah yang cuba disembunyikan di bawah ‘permaidani’, tetapi tidak hilang. Ini bukan lagi isu terpencil dan kerajaan perlu ada keberanian politik untuk mencegah hal ini dari memudaratkan negara. Ini sudah berlarutan sekian lama dan inilah hasilny (kemerosotan perpaduan)”, ujar Dr Abdul Rasid Mohamed Ali.

- Advertisement -

(Dr Abdul Rasid Mohamed Ali – Ketua Bersatu Cameron Highland)

Menurut Dr Abdul Rasid, beliau memahami apabila kerajaan Madani tidak agresif menyambut titah baginda YDPA kerana faktor sokongan ‘politik’ kepada mereka dari kaum bukan Melayu, tetapi mengingatkan bahawa ia akan merugikan negara pada masa jangka panjang terutama dalam soal kestabilan dan perpaduan antara kaum.

“Jangan pergi terlalu jauh, lihat sahaja perbahasan di Dewan Rakyat, penguasaan ahli parlimen bukan Melayu sangat mengecewakan. Sehingga ahli-ahli parlimen lain meminta dia berhenti dan berikan jawapan bertulis kerana tidak faham sepatah pun. Ini memalukan dan memberi contoh ‘tidak apa’ kepada rakyat, bahawa Bahasa Kebangsaan itu tidak penting”, kata beliau yang memberi komen akan Menteri Pelancongan Tiong King Sing baru-baru ini yang tidak mahir berbasa Melayu sehingga ahli-ahli parlimen pembangkang bangkit menyatakan rasa tidak puas hati.

- Advertisement -

(“Tak faham apa pun”, itu luahan ahli – ahli parlimen terhadap Menteri Pelancongan Tion King Sing)

Dr Abdul Rasid berkata, sebab itu pertengkaran dan salah faham mudah berlaku di negara ini sebab tahap penguasaan bahasa utama yang lemah oleh sesetengah kaum. “Inilah produk sekolah jenis kebangsaan. Pengasingan kaum, bahasa dan budaya yang ketara dari anak kecil hingga menimbulkan banyak salah faham sejak kebelakangan ini”, katanya yang juga menyarankan agar ahli parlimen wajib fasih berbahasa Kebangsaan atau wajib mengambil kursus penguasaan bahasa sebelum masuk ke Dewan Rakyat untuk elak dikenakan denda gantung parlimen kerana tidak boleh berbahas dalam Bahasa Kebangsaan dengan lancar.

Beliau bersetuju dengan saranan pelbagai pihak dari pelbagai latarbelakang yang cintakan perpaduan di negara ini untuk mengkaji semula ekosistem pendidikan lebih 1800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) ke arah mengelak pengasingan pergaulan antara kaum dari anak kecil secara berterusan. “Ini memerlukan kekuatan dan keberanian politik demi masa depan negara”, katanya lagi.

Dr Abdul Rasid berkata, Malaysia sukar untuk bersatu kerana elemen agama, bangsa dan sejarah politik sangat berbeza di antara kaum dalam negara ini. “Eropah boleh bersatu kerana sama bahasa dan agama. Sekurang-kurangnya kita bersatulah dengan satu bahasa iaitu Bahasa Kebangsaan supaya konflik antara kaum dapat dijauhkan”, katanya.

Hingga hari ini, kerajaan masih belum mencadangkan sebarang langkah atau formula untuk memperbaiki perpaduan antara kaum dari bangku sekolah. Malah kementerian pelajaran melalui menterinya Fadhlina Sidek menyatakan bahawa perlembagaan mempertahankan sekolah jenis kebangsaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img