spot_img
spot_img

Titah untuk kemajuan di semua negeri adalah baik untuk negara

spot_img

Istana Negara 19 Mac : Saranan Yang Di-Pertuan Agong supaya kerajaan merancang pembangunan yang saksama di semua negeri adalah tepat pada masanya.

Baginda Sultan Ibrahim berkata, ia bagi mengawal penghijrahan yang ketara rakyat dari negeri-negeri lain ke ibu kota utama seperti Kuala Lumpur.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.

- Advertisement -

Bukan sahaja penghijrahan penduduk dapat dielakkan kerana peluang juga terdapat di negeri masing-masing, masalah kesesakan di ibu kota juga boleh dikurangkan.

“Pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri ke Wilayah Persekutuan.

“Kerajaan terpaksa membangunkan infrastruktur awam yang lebih cekap untuk mengatasi kesesakan jalan raya dan memenuhi keperluan penduduk bandaraya yang semakin padat.

- Advertisement -

“Persoalannya, adakah kerana wilayah ini ditadbir secara terus oleh Kerajaan Persekutuan, banyak peruntukan pembangunan ditumpukan kepada tiga wilayah ini sahaja?,” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini (19 Mac).

Razlan Suhaimi , 49, yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Perlis memuji saranan Yang Di-Pertuan Agong itu.

“Jika ia mampu dilaksanakan, manfaat akan menjadikan negara kita maju berbanding negara-negara Asean lain kerana kemajuan negara dunia ke 3 banyak tertumpu di ibu negara sahaja.

“Cuba lihat Amerika Syarikat, bandar-bandar utama mereka bukan sahaja New York, tetapi kemajuan di setiap negeri seperti Chicago, Los Angeles, Miami, dan lain-lain bandar di setiap negeri mereka. Jadi kekayaan rakyat AS boleh dilihat di mana-mana negeri pun. Di Malaysia kebanyakkannya adalah dari Kuala Lumpur atau Lembah Klang”, katanya yang pernah belajar di universiti negara itu.

Sundram Samitanadharn , 39, seorang konsultan perancang bandar berkata, pembangunan pesat Kuala Lumpur dan bandar-bandar maju lain di Malaysia seperti Pulau Pinang serta Johor Bahru banyak didokong oleh sektor swasta dan korporat.

“Apabila pusat pentadbiran kerajaan wujud di tengah-tengah bandar dan ditadbir dengan mesra perniagaan, banyak perniagaan akan tertumpu di kawasan sekitarnya. Mesra perniagaan bermaksud mempunyai infrastruktur yang terbaik dan keselamatan terjamin. Maka banyak aktiviti ekonomi akan berlaku. Secara tidak langsung, pelaburan dan peluang perkerjaan terbina di bandar itu”, katanya.

Sundram berkata setiap kerajaan negeri mesti berkeupayaan dalam merancang dan menyokong ekonominya. “Jika pentadbiran negeri tersebut gagal atau tidak tahu bagaimana membina asas ekonomi, tiada aktiviti perniagaan akan tertarik di bandar itu”, katanya.

Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang sahaja mempunyai hampir 10 juta kepadatan penduduk pada ketika ini yang menjadikan negeri Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img