spot_img
spot_img

Tiada sensitiviti agama dan kaum boleh membawa padah

spot_img

Kuala Lumpur 19 Mac : Isu kalimah Allah di stokin membuktikan negara ini berada di tahap perpaduan serta sensitiviti antara kaum yang terendah, kata Dr Abdul Rasid Mohamed Ali.

 

- Advertisement -

(Rakyat Malaysia tidak boleh menerima akan perniagaan milik rakyat negara ini sendiri yang tidak sensitif terhadap agama Islam)

“Tiada alasan yang boleh diberikan kepada kesalahan ini. Ia memang patut ‘dihukum’, ujar Ketua Bersatu Bahagian Cameron Highland itu.

Beliau menyokong usaha agar mereka yang melakukan kesalahan itu diboikot supaya diberi pengajaran kepada pihak lain yang mengambil sikap sambil lewa terhadap maruah agama Islam.

- Advertisement -

”Adakah KK Mart itu kedai runcit luar negara ? Tidak juga. Pemiliknya atau pembekal mereka rakyat Malaysia. Hidup lama di Malaysia. Tidak mungkin sedar akan maruah agama diletak stokin ?”, tegas beliau.

Beliau bersetuju agar semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili suara Melayu untuk bersuara kerana penghinaan kepada kalimah Allah. “Ini isu besar, termasuk dalam kategori 3R untuk patut di ambil tindakan”, ujarnya yang merujuk kepada penghinaan religion, race and royal.

Dr Abdul Rasid mengingatkan bahawa titah Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim semangnya penting untuk dilaksanakan oleh kerajaan dengan membuat dasar segera akan perpaduan kaum dari anak kecil, tetapi malangnya kerajaan Madani tidak berani ‘bersuara’ untuk menyahut seruan YDPA itu.

”Mungkin mereka takut rakan komponen terkuat mereka iaitu DAP tidak bersetuju.

“Lihat isu stokin ini, membuktikan sikap ambil mudah, tidak sensitif dan kurang adab adalah hasil doktrin dari pendidikan yang terasing antara kaum, saling tidak mengenali agama dan budaya antara satu sama lain. Komen-komen di sosial media juga boleh mencetuskan rusuhan kaum dan membawa padah di negara ini jika tidak dibendung dari sekarang”, katanya yang menyeru perpaduan wajib dimulakan di bangku sekolah dengan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan.

(Pengasas KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai memohon maaf dan menyerus rakyat Malaysia agar tidak memboikot rangkaian perniagaannya)

Pasaraya KK Mart melakui pengurusan tertinggi mereka telah memohon maaf atas insiden tersebut. Namun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam tetap akan meneruskan boikot terhadap rangkaian kedai tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img