spot_img
spot_img

Elon Musk akui ‘K’ membantu para pelaburnya mendapat keuntungan

spot_img
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada para pelabur Tesla. Di berkara dalam satu temu bual disiarkan semalam (Isnin).
(Elon Musk)
Malah, teknokrat billionaire berusia 52 tahun itu mengesahkan dia mengambil bahan itu. Dadah jenis ketamine itu kebiasaannya digunakan untuk pengurusan kesakitan dan merawat kemurungan.
Tular di media Amerika Syarikat (AS) ketika ini bahawa penggunaan dadah oleh Elon Musk telah menakutkan para pelabur.
“Ketamin membantu untuk mengeluarkan satu daripada kerangka fikiran negatif,” kata Musk kepada bekas hos CNN, Don Lemon dalam temu bual itu.
Musk yang mengendalikan SpaceX dan Tesla serta memiliki platform media sosial X, menafikan menyalahgunakan ketamin dan berkata, dia menggunakan ‘sebilangan kecil sekali setiap minggu atau lebih kurang seperti itu’.
Musk memberitahu, dia tidak mengalami ‘kemurungan berlanjutan’, sebaliknya menggunakan ketamin apabila mempunyai ‘keadaan kimia negatif’.
Semasa temu bual selama sejam itu, Musk turut membincangkan pertemuan dengan calon Presiden AS daripada Parti Republikan, Donald Trump, namun tidak menunjukkan siapa yang mungkin dia sokong pada pilihan raya November depan.
Musk berkata, dia ‘beralih’ daripada calon Demokrat iaitu Presiden Joe Biden, namun ia tidak bermakna dia akan menyokong Trump, sambil menambah, ”Banyak yang boleh berlaku antara sekarang dan pilihan raya.”
Jumaat lalu, Musk menyiarkan di X bahawa rakyat Amerika harus memilih Republikan pada pilihanraya Presiden November kelak. Calon Republikan adalah Donald Trump yang akan bertanding untuk kali ke 2.
Elon Musk suka polisi Donald Trump pada ketika ini kerana dakwaan bahawa AS sedang ditenggelami oleh penghijrahan pendatang haram, di mana Trump amat keras polisinya kepada pendatang haram dan imigran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img