spot_img
spot_img

Bekas Setiausaha Politik PM kini pemilik saham terbesar syarikat yang memiliki MyEG

spot_img

Datuk Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik Perdana Menteri kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul sebagai pemegang saham besar baharu HeiTech Padu Bhd dengan kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9 peratus atau 16.1 juta saham yang dibeli awal minggu ini.

HeiTech dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Farhash memiliki kepentingan dalam syarikat itu melalui syarikat persendirian, Rosetta Partners Sdn Bhd, yang membeli 9.69 juta saham pada 12 Mac dan 6.16 juta saham sehari sebelumnya.

Isnin lalu, MyEG Services Bhd turut dilaporkan membeli 14.4 peratus kepentingan dalam HeiTech pada harga RM31.25 juta sebagai sebahagian daripada pelaburan strategik.

- Advertisement -

Penyedia perkhidmatan elektronik itu berkata, ia membeli 14.57 juta saham berkenaan melalui anak syarikatnya, MyEG Capital Sdn Bhd menerusi pasaran terbuka dan transaksi perniagaan langsung.

Syarikat itu berkata, ia membeli 5.16 juta saham HeiTech daripada pasaran terbuka pada 7 Mac lalu secara tunai dengan harga RM11 juta atau RM2.134 sen sesaham.

- Advertisement -

Katanya, ia juga membeli 9.42 juta saham lagi menerusi transaksi perniagaan langsung pada harga RM20.25 juta atau secara purata RM2.15 sesaham.

Pada hari sama, HeiTech mengumumkan ia memperoleh lanjutan kontrak bernilai RM13.11 juta bagi perkhidmatan penyelenggaraan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Ia berkata, lanjutan kontrak itu adalah dari 18 Februari 2024 hingga 17 Februari 2025.

Rumusan Pembelian :

30 Oktober 2023
*MyEG dan Subsidiari dapat lanjutan kontrak 3 tahun dari JPJ. 22/5/2023 – 22/5/2026*

7 Mac 2024
*MyEG Capital Sdn Bhd membeli 5.16 juta saham HeiTech daripada pasaran terbuka pada 7 Mac lalu secara tunai dengan harga RM11 juta atau RM2.134 sen sesaham*

11 Mac 2024
*MyEG membeli 14.4 peratus kepentingan dalam HeiTech pada harga RM31.25 juta sebagai sebahagian daripada pelaburan strategik. Penyedia perkhidmatan elektronik itu berkata, ia membeli 14.57 juta saham berkenaan melalui anak syarikatnya, MyEG Capital Sdn Bhd menerusi pasaran terbuka dan transaksi perniagaan langsung.*

*Pada hari sama, HeiTech mengumumkan ia memperoleh lanjutan kontrak bernilai RM13.11 juta bagi perkhidmatan penyelenggaraan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs). Ia berkata, lanjutan kontrak itu adalah dari 18 Februari 2024 hingga 17 Februari 2025*

14 Mac 2024
*Datuk Farhash Wafa Salvador muncul sebagai pemegang saham besar baharu HeiTech Padu Bhd dengan kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9 peratus atau 16.1 juta saham yang dibeli awal minggu ini.*

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img