spot_img
spot_img

Misi untuk tarik akar umbi Bersatu untuk sertai PKR dan sokong kerajaan

spot_img

SHAH ALAM, 12 Mac — Pengasas awal dari kumpulan professional Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman berkata hari ini beliau percaya lebih ramai pemimpin dan ahli-ahli terawal parti di semua peringkat akan menyertai PKR.

Muhammad Faiz, hari ini telah mengesahkan beliau menyertai PKR.

Beliau juga percaya bahawa sokongan yang diisytiharkan kepada kepimpinan menteri besar Selangor oleh ADUN Selat Kelang Datuk Abdul Rashid Asari adalah petanda awal peralihan sokongan ini kerana ramai individu-individu yang telah memberi sumbangan besar kepada parti akan dipinggirkan oleh puak ‘kartel’.

- Advertisement -

Menurut sumber dalaman Bersatu, pergolakkan Bersatu Selangor bermula apabila banyak calon-calon PRN Selangor tempohari datangnya dari puak kartel; istilah rujukan kepada kem Azmin Ali, bukan pengasas awal Bersatu Selangor.

Malah bukan sahaja Selangor, para pengasas Bersatu juga berasa dipinggirkan dan tidak aktif di negeri Johor. Lebih separuh daripada akar umbi parti itu di Johor telah menyertai PKR, Amanah dan ada yang kembali semula bersama UMNO.

Muhammad Faiz mengakui tidak kekok menyertai PKR kerana pernah bekerjasama dengan pucuk pimpinan dan akar umbi PKR, khususnya di Selangor semasa PRU ke-14 ketika Bersatu menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

Beliau berkata objektif penubuhan Bersatu tidak jauh berbeza dengan PKR, kerana kedua-duanya menentang kleptokrat dan salah guna kuasa, seterusnya memudahkan beliau menerima pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Muhammad Faiz berkata semasa pertemuannya dengan Amirudin, naib presiden PKR itu berkongsi visinya untuk Selangor dan membincangkan peranan yang berpotensi dalam memajukan kesejahteraan rakyat, negeri dan memperkukuh PKR.

“Sehubungan itu, saya dimaklumkan bagaimana saya boleh membantu kepimpinan menteri besar, kerajaan negeri dan PKR terutama dalam menjelaskan isu semasa yang dijadikan modal politik pembangkang.

“Antara objektifnya ialah untuk menarik akar umbi Bersatu menyokong kerajaan, dan walaupun mereka tidak menyertai PKR, sekurang-kurangnya tidak terpengaruh dengan pengaruh pembangkang,” katanya.

Semalam, dalam catatan Facebook, bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu mendedahkan bahawa beliau dan bekas ADUN Dengkil Adhif Syan Abdullah telah diterima sebagai ahli PKR selepas ceramah mengenai isu semasa yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar pada Ahad lepas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img