spot_img
spot_img

99 Speedmart akan mula tawaran awam

spot_img

PETALING JAYA:  Rangkaian peruncit pasaraya mini terbesar Malaysia, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd. memfailkan draf prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Menurut pemfailan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam, syarikat yang diasaskan oleh usahawan, Lee Thiam Wah pada 1987 itu merancang untuk menawarkan sehingga 17 peratus kepentingan atau sebanyak 1.43 bilion saham.

Dalam draf tersebut, syarikat akan menawarkan 1.218 bilion saham kepada institusi dan tawaran runcit melibatkan 210 juta saham.

- Advertisement -

“Hasil daripada IPO akan digunakan untuk mengembangkan cawangan, menubuhkan pusat pengedaran, membeli trak penghantaran, menaik taraf cawangan sedia ada dan membayar balik pinjaman bank,” kata draf tersebut.

99 Speed Mart menyasar untuk membuka purata 250 cawangan baharu setiap tahun dengan sasaran terdekat mengendalikan kira-kira 3,000 cawangan di seluruh negara menjelang 2025.

Syarikat kini mengendalikan 2,542 di seluruh Malaysia dan 19 pusat pengedaran.

- Advertisement -

CIMB Investment Bank Bhd adalah penasihat prinsipal, pengurus bida tunggal, pengurus taja jamin tunggal dan penaja jamin bagi IPO tersebut.

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img