spot_img
spot_img

MITI sasar 100 syarikat capai RM1bilion pendapatan tahunan pada 2030

spot_img

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) menyasarkan Malaysia mempunyai 100 syarikat teknologi tempatan dengan pendapatan tahunan RM1 bilion menjelang 2030, menurut Timbalan Menteri Liew Chin Tong.

(Liew Chin Tong)

- Advertisement -

Beliau berkata kerajaan akan terus menyokong syarikat tempatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi dengan menyediakan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.

“Pelbagai jenis bantuan disediakan oleh Miti dan agensinya termasuk bantuan pembiayaan, khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan bagi memperkukuh rantaian nilai PKS,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Terima Kasih Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab cadangan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) untuk meningkatkan kerjasama antara negeri dan meluaskan pasaran khususnya untuk PKS dengan membina sistem inovasi nasional.

- Advertisement -

Liew berkata, Miti, melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, sedang menerajui usaha untuk meningkatkan kerjasama antara Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.

Usaha itu bertujuan untuk membangunkan kelompok industri bersama, termasuk untuk industri aeroangkasa dan hab perkhidmatan global.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang bertanyakan hala tuju Miti dalam meningkatkan pelaburan strategik, Chin Tong berkata kerajaan akan memastikan pelaburan yang masuk ke negara ini mematuhi 12 petunjuk berasaskan hasil yang akan digunakan untuk mengukur kualiti pelaburan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Aspirasi Pelaburan Negara.

Antara 12 petunjuk tersebut ialah memperkukuh usaha dalam aktiviti nilai tambah tinggi, mempercepatkan aktiviti R&D serantau, dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

 

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img