spot_img
spot_img

Formula mudah bagi PN menawan hati bukan Melayu

spot_img

Kuala Lumpur 9 Mac : Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia, terutamanya orang-orang Melayu bagi menerima kenyataan bahawa parti-parti politik Melayu adalah faktor utama yang membawa perpecahan kepada kaum itu, menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Zaid Ibrahim.

(Dato’ Zaid Ibrahim)

- Advertisement -

Beliau berkata di dalam satu kenyataan semalam bahawa parti-parti politik Melayulah yang sebenarnya mustahil untuk bersatu. Apabila salah satu darinya tidak berjaya menjadi kerajaan atau kalah di pilihanraya, mereka bertanya mengapa dan bagaimana untuk menggapai semula kuasa.

Semalam di konvensyen Perikatan Nasional (PN), objektif utama gabungan politik itu ialah berazam untuk menawan hati pengundi bukan Melayu pada pilihanraya yang akan datang.

Kata Zaid, ia sebenarnya adalah perkara mudah kerana Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya perlu menjadi seperti Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia ke sepuluh.

- Advertisement -

“Mari kita mulakan dengan Muhiyuddin Yassin, Presiden Bersatu. Beliau bertanya soalan bagaimana cara kita untuk mendapat lebih banyak sokongan daripada orang bukan Melayu? Ia agak mudah: ikuti contoh Anwar Ibrahim. Bolehkah anda tidak mengatakan saya mengutamakan orang Melayu berbanding kaum lain ? Beritahu rakyat Malaysia anda adalah Daddy (ayahanda) untuk semua kaum. Beritahu rakan komponen anda Gerakan untuk menjadi seperti DAP, bercakap tentang meritokrasi, kedaulatan undang-undang dan pembaharuan”, kata Zaid.

Secara sinis kata Zaid,  formula ini akan berjaya dan terbukti boleh menyumbang kepada pembentukan kuasa kerajaan persekutuan.

Tetapi jika perkara-perkara yang dijanjikan tidak mampu dikotakan oleh kerajaan selepas menang, beritahu kepada rakyat untuk memberi masa; sebagai contoh mesti pilih ‘kami’ pada penggal ke dua untuk membolehkan melakukan reformasi tersebut.

Zaid juga berkata, Muhyiddin perlu mengingatkan rakan sekutunya yang kuat iaitu PAS untuk lebih mesra dengan orang bukan Islam.

“Oleh itu, PAS, perlu peka dengan hal-hal duniawi, kerana orang bukan Melayu mementingkan ekonomi, pendidikan dan perniagaan”, katanya yang menunjukkan majoriti demografi pengundi Melayu PN adalah golongan pengundi yang simple dan tidak memerlukan sebarang pencapaian untuk dibuktikan, hanya memainkan naratif Islam dan Melayu.

”Jika PAS meneruskan (masih) misi memastikan umat Islam ke syurga, ia tidak akan dapat membangunkan ekonomi yang kukuh untuk orang Melayu. Juga, ia tidak akan membantu Bersatu untuk menguasai kerajaan persekutuan”, jelas Zaid yang menyedarkan PN bahawa tanpa undi kaum Cina, adalah mustahil untuk PN berkuasa di Putrajaya.

Namun dalam sindiran kepada PN, Zaid turut memberi cadangan yang lebih praktikal dan baik untuk keseluruhan orang Melayu dan demi manfaat kestabilan negara.

Beliau berkata pemimpin PAS yang menguasai semua negeri-negeri pembangkang sepatutnya bekerjasama dengan PM untuk membangunkan negeri-negeri Melayu.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Bersatu, mereka harus bekerjasama politik dengan UMNO.

”Lagipun, tiada sebab untuk Bersatu terus melawan Umno. Anda semua (Bersatu) dibuat daripada acuan yang sama, dan perbezaan anda adalah taktikal semata-mata”, katanya yang mengingatkan bahawa Bersatu ditubuhkan dan dipimpin oleh bekas pemimpin daripada UMNO untuk menumbangkan UMNO pada PRU14 lalu.

Zaid juga menggesa kepada pengerusi PN, Muhiyuddin untuk melepaskan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Sebagai pengerusi gabungan yang menguasai negeri-negeri majoriti Melayu, beliau harus berfikir untuk memastikan perkongsian kuasa antara parti-parti Melayu terlaksana untuk kebaikan Melayu di mana ia telah pun terbukti berlaku semasa pemerintahan singkat PN; UMNO dan Bersatu bersama membentuk kerajaan selepas perletakkan jawatan Tun Dr Matahir Mohammad sebagai Perdana Menteri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img