spot_img
spot_img

Bank digital ganti bank konvensional sepenuhnya lagi 15 – 20 tahun

spot_img

KUALA LUMPUR: Bank konvensional dijangka akan digantikan dengan bank digital dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang, kata presiden Pusat Penyelidikan Strategi Asean Profesor Chin Yew Sin.

Menurutnya, hasil keuntungan institusi kewangan atau bank di Asean tidak lagi bergantung kepada saiz skala bank sebaliknya kepantasan penggunaan digitalnya.

Beliau menjelaskan bahawa mana-mana bank yang cepat berubah menerima teknologi canggih perbankan digital akan mempunyai kelebihan ketara dan daya saing tinggi di pasaran berbanding bank-bank konvensional, atas permintaan pelanggan.

- Advertisement -

“Perbankan digital adalah sangat penting sekarang kerana ia boleh menyediakan perkhidmatan pantas dan kemudahan kepada pelanggannya,” katanya semasa perbincangan panel mengenai “Leadership Roundtable: Enhancing Trust, Advancing Transformation and Building Talent to Future Proof Banks and Financial Institutions“, di majlis Sidang Kemuncak Perbankan dan Fintech 2024 Asean semalam.

Chin berkata pelanggan boleh mengakses bank digital dengan perkhidmatan sepanjang masa dalam talian walaupun pada cuti umum tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal bank, berbanding bank konvensional sekarang yang memerlukan mereka hadir di premisnya dalam waktu bekerja.

Selain itu, katanya, bank digital mungkin menawarkan harga yang lebih kompetitif dari segi perkhidmatan berikutan kos operasi yang lebih rendah, seperti kos operasi dan gaji tenaga kerja.

- Advertisement -

“Disebabkan kos operasi yang lebih rendah seperti tidak memerlukan premis fizikal atau pengambilan kakitangan yang tinggi, bank-bank ini boleh menawarkan harga yang lebih baik seperti menurunkan kadar faedah pinjaman berbanding dengan bank konvensional,” katanya.

Berkenaan dengan kecerdasan buatan (Artificial Intelligent – AI), Chin menganggap bahawa bank digital memerlukannya kerana teknologi AI boleh menggantikan sejumlah besar kakitangan dari segi penglibatan perkhidmatan pelanggan.

Beliau menyebut bahawa beberapa bank digital di China yang menggunakan teknologi AI mampu memberikan response dalam beberapa minit kepada pelanggan yang memohon pinjaman kecil.

Chin juga berkata bank digital boleh menentukan sama ada pelanggan adalah calon yang baik untuk pinjaman bank, berdasarkan tabiat perbelanjaan pelanggan pada pelbagai platform seperti platform e-dagang.

Menyentuh landskap perbankan digital di Malaysia, beliau berkata terdapat lima entiti yang menerima lesen perbankan digital daripada bank pusat kini.

Melangkah ke hadapan, Chin melihat lebih banyak institusi kewangan memohon lesen perbankan digital untuk terus berdaya saing dalam pasaran tempatan. Di samping itu, beliau menjangka bahawa permintaan untuk perkhidmatannya sebahagian besarnya akan datang daripada generasi muda yang lebih celik teknologi dan menghargai kemudahan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img