spot_img
spot_img

Datasonic, KTNET meterai MoU projek Sistem Perolehan Awam

spot_img

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Berhad (Datasonic) dan Korea Trade Network (KTNET) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) projek Sistem Perolehan Awam di Malaysia.

Pengarah Eksekutif Datasonic, Danny Chew berkata MoU tersebut adalah bagi menjalinkan kerjasama dengan KTNET dalam mengenal pasti aspek penting dalam pelaksanaan projek itu yang bertujuan dapat meningkatkan sistem perolehan awam dalam talian di Malaysia.

Kata beliau, dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber setiap pihak, maka agihan tugasan dapat dilaksanakan dengan berkesan, dalam masa yang sama aktiviti pra-jualan di Malaysia dapat dijalankan.

- Advertisement -

Difahamkan, KTNET ditetapkan sebagai Operator Platform Perdagangan Tanpa Kertas Kebangsaan, Operator Perkhidmatan Rangkaian Kastam dan Pendaftaran Bil Muatan dan Agensi Pengeluar Sijil Pembelian elektronik oleh kerajaan Korea Selatan.

“Melalui perkongsian daripada kedua-dua syarikat ini, maka penggunaan teknologi dan kecekapan dalam operasi dapat disebatikan bersama bagi menjayakan projek ini,” katanya dalam majlis tandatangan MoU tersebut.

Tambahnya, Datasonic dan KTNET komited dalam mencari penyelesaian dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk dapat memenuhi keperluan landskap perolehan awam Malaysia yang semakin berkembang.

- Advertisement -

Danny berkata, kerjasama itu menandakan penjajaran strategik dalam keupayaan untuk membuka jalan bagi penyelesaian yang inovatif dan tawaran perkhidmatan yang dipertingkatkan dalam bidang perolehan awam.

Beliau percaya kerjasama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak tetapi turut dapat menyumbang kemajuan dalam sistem perolehan awam di Malaysia.

“Dengan menggabungkan kedua-dua kekuatan dan sumber kami, kami menyasarkan untuk menetapkan piawaian kecemerlangan baharu dalam bidang e-Perolehan,” ujarnya.

Kedua-dua syarikat tersebut juga berharap kerjasama rapat tersebut dapat mencapai matlamat dan objektif bersama dengan sempurna.

 

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img