spot_img
spot_img

Kerajaan Madani tidak sensitif kepada orang Melayu

spot_img

KUALA LUMPUR, 7 Mac — DAP perlu menjaga halatuju kerajaan Madani supaya tidak menyinggung sensitiviti kaum majoriti dan agama rasmi iaitu Melayu Islam.

Hari ini pada sesi perbahasan parlimen, bekas perdana menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob ada mengingatkan pemimpin politik supaya berhati-hati dengan kenyataan dan keputusan mereka yang boleh memburukkan lagi jurang perkauman.

Sudah tentu ia menjurus kepada tindak-tanduk DAP, yang merupakan salah satu parti terkuat dalam gabungan kerajaan.

- Advertisement -

Sehinggakan Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim telah menyentuh berkenaan soal perpaduan negara kini yang semakin rapuh.

Antara isu-isu DAP serta kerajaan Madani yang telah menyinggung perasaan orang Melayu :

1) Hasrat mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai warisan Malaysia di UNESCO .

- Advertisement -

Hasrat ini diketengahkan oleh Menteri KPKT dari DAP Nga Kor Ming. Berita Tular  adalah portal berita pertama yang mula membangkit isu ini sebelum disambut oleh seluruh badan bukan kerajaan dan parti politik Melayu.

Usaha jadikan Tapak Warisan UNESCO Kg Baru Cina tidak selari dengan kerajaan perpaduan

2) Kemasukan “bak kut teh” atau bahasa Melayunya ialah Sup Babi sebagai makanan warisan negara.

Tidak ada seorang pun Menteri Kabinet Kerajaan Madani terutamanya dari orang Melayu membantah perkara ini. Hanya Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh lantang dalam isu ini walaupun partinya bersama dengan kerajaan. Ia sangat sensitif kerana Malaysia merupakan negara Islam, tetapi kerajaan tidak menghalang pengiktirafan makanan yang tidak halal itu.

Bak Kut Teh : Pemuda UMNO mahu Menteri Pelancongan dipecat

 

3) Tidak menyambut isu kelemahan Bahasa Kebangsaan selepas titah YDPA


Tidak ada satu pun daripada pihak kerajaan menyambut titah cadangan YDPA Sultan Ibrahim untuk meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat. Baginda semasa perasmian pembukaan sessi parlimen baru-baru ini, menzahirkan dukacita terhadap tahap penguasaan kaum bukan Melayu yang tidak mahir berbahasa kebangsaan. Baginda mahu kerajaan melakukan usaha bagi mengatasi masalah itu kerana ia akan melebarkan jurang perpaduan antara kaum di negara ini.

Belum ada menteri sambut titah YDPA berkenaan isu bahasa kebangsaan dan perpaduan dari anak kecil

4) Pembukaan cawangan Starbuck di kementerian KPKT di tengah-tengah boikot umat Islam terhadap produk yang menyokong Zionis

Seperti tidak peka langsung, atau tidak menghormati sensitiviti semangat boikot umat Islam, KPKT dengan menteri dan timbalan menterinya, serta buat pertama kali pemilik Stabuck Vincent Tan hadir dalam mempromosikan cawangan terbaharu jenama itu di bangunan kementerian KPKT. Apa mesej yang cuba disampaikan oleh Nga Kor Ming ini ?

KPKT tidak sensitif kepada kesengsaran ‘Palestine’

 

Seolah-olah kerajaan Madani tidak berusaha mengambil hati orang Melayu , atau berasa PRU16 masih lama lagi, jadi tidak perlu berusaha memenangi hati kaum yang paling sedikit mengundi Pakatan Harapan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img