spot_img
spot_img

“Jho Low menguruskan segalanya” – saksi 1MDB

spot_img

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low meminta bekas peguam bagi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan agar tidak risau berhubung transaksi kemasukan wang ke dalam akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli perniagaan tersebut juga dikatakan telah menyatakan kepadanya bahawa dia sendiri akan menguruskannya.

Jasmine Loo pernah bertanya kepada Jho Low berkenaan tujuan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak dengan begitu banyak, selepas dirinya tahu mengenai semua transaksi-transaksi itu melalui media dan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada sekitar 2015 dan 2016. Jawapan Jho Low adalah untuk dana politik Barisan Nasional khususnya UMNO. Jho Low juga menyuruh Jasmine supaya jangan risau dan dia akan uruskan segalanya. Jasmine walaupun sebagai peguam syarikat tidak perlu mengambil apa-apa tindakan kerana dia akan menguruskan segala-galanya.

- Advertisement -

Menurut Jasmine lagi, Jho Low juga mengatakan dirinya mempunyai bukti-bukti menunjukkan apa yang telah dilakukan olehnya adalah mengikut permintaan, kehendak dan dalam pengetahuan Datuk Seri Najib Razak sekiranya apa-apa terjadi kepadanya.

Bagaimanapun, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangkit dan membantah terhadap perenggan 131 penyataan Jasmine yang merupakan saksi pendakwaan yang ke 50 itu atas alasan perkara yang dinyatakan adalah satu dengar-cakap (hearsay).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan kedua-dua pihak untuk menimbulkan perkara tersebut dalam hujahan masing-masing di akhir kes pendakwaan.

- Advertisement -

Terdahulu, Jasmine menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui bahawa wang `security deposit’ berjumlah AS$1,367,298,345 daripada Aabar Investment PJS Limited (BVI) ke dalam akaun Blackstone Asia Real Estate milik Tan Kim Loong, yang merupakan rakan niaga rapat kepada Jho Low.

Aabar Investments PJS Ltd (BVI) (Aabar BVI) dan Aabar Investments PJS Ltd (Seychelles) ditubuhkan Jho Low dan rakannya bagi membayangi identiti syarikat sebenar, iaitu Aabar Investments PJS yang ditubuhkan di Abu Dhabi dan merupakan subsidiari kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Saya tidak tahu bahawa wang Security Deposit berjumlah ASD576,943,490.00 dan ASD790,354,855.00 telah dimasukkan dari akaun Aabar Investment PJS Limited (BVI) ke dalam akaun Blackstone Asia Real Estate milik Tan Kim Loong, seterusnya telah dimasukkan ke dalam akaun-akaun lain termasuk akaun Datuk Seri Najib Razak ketika transaksi itu dilaksanakan. Saya hanya tahu apabila ia dilaporkan dalam media dan laporan DOJ dalam tahun 2015/2016.

“Selepas saya mengetahui perkara tersebut, saya ada bertanya kepada Jho Low apakah sebenarnya yang telah berlaku. Jho Low menyatakan kesemuanya adalah secara sah yang mana transaksi-transaksi yang dibuat adalah disokong dengan perjanjian seperti promissory notes tetapi Jho Low tidak memberi saya sebarang butiran dan tidak mahupun menjelaskan dengan lebih lanjut kepada saya,”katanya.

Selain itu, Jasmine memberitahu beliau juga tidak mengetahui mengenai kedudukannya sebagai penandatangan sah dalam syarikat Tanore Finance Corp yang dikatakan menghantar wang kepada akaun Amprivate Banking, milik Najib sebaliknya hanya mengetahuinya melalui media dan laporan DoJ.

“Apabila saya membaca laporan media dan DOJ, saya telah tahu bahawa akaun Tanore Finance Corp. adalah di Falcon Private Bank di Singapore dan dikatakan dokumentasi saya tandatangani di Singapore dan segala urusan menambahkan nama saya telah dibuat oleh Jho Low.

“Apabila berita ini timbul, barulah saya tahu bahawa dokumen yang telah ditandatangani oleh saya di Zurich telah disalahgunakan oleh pihak Falcon Bank, Eric Tan dan Jho Low. Apabila saya berulang kali meminta penjelasan dari Jho Low, dia mengatakan kepada saya bahawa pihak Falcon Bank tahu bahawa saya tidak terlibat dalam bank akaun Tanore Finance Corp dan oleh itu saya tidak perlu risau.

“Saya kemudian memarahi Jho Low kerana telah membabitkan nama saya dalam transaksi ini yang tidak ada kena mengena dengan saya. Jho Low kemudian telah jelaskan kepada saya bahawa, dana-dana ini sebenarnya telah digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai dana politik dan semua transaksi yang dibuat ini adalah secara sah,”katanya.

Terdahulu, Jasmine memberitahu, sekitar Oktober 2012, beliau telah ke Falcon Bank di Zurich, Switzerland bersama-sama dengan Jho Low dan Eric Tan Kim Loong untuk membuka akaun ‘private bank’ di bank berkenaan dan semasa berada di situ Eric telah memintanya untuk menjadi pemegang amanah sekiranya lelaki itu meninggal dunia.

Saksi tersebut menyatakan beliau bersetuju dengan permintaan Eric namun enggan mengetahui apa-apa mengenai akaun milik Eric sehinggalah lelaki itu meninggal dunia. Jasmine juga telah menandatangani dokumen pemegang amanah yang kosong yang didakwa akan dilengkapkan oleh pegawai bank Falcon.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img