spot_img
spot_img

Pendigitalan gig ekonomi membawa RM1.3 bilion pada 2023

spot_img

Kuala Lumpur: Ekonomi gig Malaysia masih menunjukkan pertumbuhan yang sihat pada tahun lalu walaupun aktiviti isi rumah dan perniagaan telah dinormalisasikan selepas pandemik dengan meningkatnya kesedaran terhadap potensi pendigitalan dan pelbagai insentif yang menyokong peralihan.

Dijangka tahun 2024 juga akan lebih rancak pertumbuhannya di mana semakin ramai individu serta organisasi akan mencebur diri di sektor ini bagi meningkatkan pendapatan dan keuntungan, menurut kajian syarikat pendigitalan terkemuka Malaysia, Jendela Biz

Pada suku ketiga 2023 (S3 2023) sahaja, saiz pasaran ekonomi gig berjumlah RM1.33 bilion. Saiz pasaran pada S3 2023 itu sudah mencapai kira-kira 80 peratus daripada saiz pasaran sepanjang tahun 2022 (RM1.63 bilion).

- Advertisement -

Pertumbuhan ini menunjukkan terdapat permintaan pasaran yang berterusan daripada segmen isi rumah dan perniagaan, khususnya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Termasuk kesedaran yang semakin meningkat mengenai pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian platform ekonomi gig dalam pasaran yang boleh memudahkan mereka dalam perjalanan pendigitalan mereka.

Ekonomi perkongsian ialah istilah umum yang digunakan untuk merujuk kepada ekonomi gig, ekonomi bebas dan model-model lain yang serupa.

- Advertisement -

Menurut analisis, terdapat lebih 100,000 individu baharu menyertai dan memperoleh pendapatan melalui platform ekonomi gig di Malaysia pada S3 2023 berbanding 266,222 individu pada 2022.​

Pada masa ini, terdapat lebih 140 platform ekonomi gig yang disahkan oleh kerajaan sejak 2014, melibatkan pelbagai aktiviti melangkaui e-hailing dan p-hailing seperti penjagaan kesihatan, automotif, perkhidmatan domestik, perkhidmatan kreatif dan profesional.

Kerajaan juga membantu dalam usaha berterusan kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Ekonomi Perkongsian (TC/3/9) dalam membangunkan standard industri yang berkaitan bertujuan menggalakkan operasi platform digital yang lebih dipercayai dalam ekonomi gig serta membimbing semua pihak berkepentingan dalam memahami model ekonomi perkongsian.

Usaha Jendela Biz untuk menggalakkan penyertaan inklusif dalam ekonomi gig turut disedari oleh pelbagai pihak. Terdapat pelbagai perniagaan digital yang tersedia yang sedia untuk dimiliki dibangunkan lengkap oleh Jendela Biz.

Sebagai contoh Firman Venture, sebuah program untuk rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk melakukan freelancer (pekerja bebas) sebagai kerjaya dan menjadi freelancer digital, telah menjalankan lebih daripada 80 acara jangkauan di seluruh negara dan berjaya melatih lebih daripada 10,000 peserta, termasuk freelancer digital dan pekerja gig setakat ini, berbanding lebih 5,000 peserta yang dilatih pada tahun 2022.

Di bawah program Firman Venture, pelbagai aktiviti, termasuk kesedaran dan jangkauan serta program latihan melalui fizikal dan dalam talian telah dianjurkan dengan kerjasama sektor awam dan swasta seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kementerian Belia dan Sukan, institut pengajian tinggi dan Felda pada 2023.​

Jendela Biz mempelawa individu yang berminat untuk menyertai dan memperoleh manfaat daripada hasil yang tinggi dari sektor gig ekonomi ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img