spot_img
spot_img

Zaid : Najib wajar dapat pengampunan penuh

spot_img

Kuala Lumpur : Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata Najib sewajarnya mendapat pengampunan penuh daripada Lembaga Pengampunan.

Beliau mendesak kerajaan perpaduan, yang terdiri daripada PH dan UMNO untuk menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu itu kerana menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengampunan – telah membuat keputusan secara ‘kolektif’.

“Apabila Zaliha mendakwa keputusan Lembaga Pengampunan adalah keputusan kolektif, ertinya ia keputusan bersama. Jadi, apa pendirian kerajaan, itu yang kita hendak tahu. Saya cadangkan perdana menteri beritahu kita semua apa prosesnya.

- Advertisement -

“Anda kata ia keputusan kolektif, jadi tidak boleh sembunyikan apa terjadi sebaliknya kita kena berterus terang“, katanya yang juga seorang peguam.

Walau bagaimanapun Zaid yakin keputusan Lembaga Pengampunan itu tidak disenangi oleh pihak-pihak yang mahu bekas perdana menteri itu menjalani hukuman secara penuh dan juga yang mahu beliau diampunkan serta terus dibebaskan.

“Apa-apapun kita kembali kepada prinsip pengampunan. Kita kena ikut apa yang dipohon – kalau Datuk Najib pohon pengampunan penuh jawapannya sepatutnya ya atau tidak. Kalau Datuk Najib mintak kurangkan sudah tentu boleh juga,” tambah beliau

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img