spot_img
spot_img

Bersatu : Kelebihan kepada PN kerana Najib tidak diampunkan sepenuhnya

spot_img

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa sokongan undi Melayu Bumiputera akan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan pengumuman keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendapat pengampunan sepenuhnya.

Ia susulan dengan dapatan Berita Tular semalam yang mengatakan bahawa adalah suatu kerugian jika kerajaan perpaduan tidak menggunakan pengaruh bekas Perdana Menteri itu untuk memperoleh peningkatan undi Melayu.

Kerajaan Perpaduan akan lebih sukar jika tidak menggunakan Najib di PRU16

- Advertisement -

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, ini kerana UMNO gagal untuk membebaskan bekas presiden parti itu sepenuhnya.

“Ternyata sokongan undi Melayu Bumiputera akan beralih menerusi gelombang yang lebih besar kepada PN terutama PRU16. Di samping jangkaan pengundi Cina, India dan pengundi muda serta pengundi baharu pasti memihak kepada kami atas simpati kepada Bossku (Najib).

“Laungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hadapan akar umbi sekadar bicara kosong sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada hari ini.

- Advertisement -

(Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris)
Sebelum ini, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Malah dengan kelakuan baik, denda ke atasnya dibayar, kemungkinan beliau boleh dilepaskan dengan syarat berkelakuan baik seawal Januari 2025, menurut pakar perundangan.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ketika itu), yang merupakan tugas rasmi yang terakhir baginda.

Mengulas lanjut, Razali berkata, Pakatan Harapan (PH) dan sekutu yang lain pasti berasa lega seketika walaupun beliau akan dibebaskan empat tahun lagi.

“PN dan Bersatu mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Najib Razak agar terus bersabar dan bertabah mendepani ujian getir ini.

“Perjuangan benar perlu ditegakkan,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img