spot_img
spot_img

CEO TikTok ‘tekan soal’ senator Amerika Syarikat

spot_img

WASHINGTON, 1 Feb — Ketua Pegawai Eksekutif TikTok yang merupakan rakyat Singapura, Chew Shou Zi semalam ‘ditekan’ berulang kali mengenai hubungannya dengan China, oleh ahli senator Amerika Syarikat. Dia juga telah melalui pengalaman yang sama semasa bulan Mac tahun lalu apabila TikTok didakwa menjadi pengintip kepada kerajaan komunis China.

Chew adalah antara pemimpin syarikat media sosial terbesar yang sangat ‘tidak disukai oleh Barat’ terutamanya senator AS. Pendengaran kali ini, adalah usaha terbaharu penggubal undang-undang AS untuk menangani kebimbangan ibu bapa dan pakar kesihatan mental bahawa syarikat media sosial meletakkan keutamaan kepada keuntungan berbanding perlindungan yang akan memastikan platform mereka tidak membahayakan kanak-kanak.

Chew memberi keterangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif X Linda Yaccarino, Ketua Pegawai Eksekutif Snapchat Evan Spiegel dan Ketua Pegawai Eksekutif Discord Jason Citron.

- Advertisement -

Senator AS Tom Cotton semalam berulang kali menekan Chew tentang hubungannya dengan China.

“Seperti yang sering anda katakan, bahawa anda tinggal di Singapura. Apakah warganegara kamu ?” dia bertanya kepada Chew yang menjawab “Singapura”.

- Advertisement -

 

Cotton kemudian bertanya sama ada CEO TikTok pernah memohon kewarganegaraan China.

“Senator, saya berkhidmat untuk negara saya di Singapura. Tidak, saya tidak pernah,” katanya.

Chew ditanya lagi sama ada beliau pernah menjadi ahli Parti Komunis China, dan beliau menjawab: “Senator, saya warga Singapura. Tidak.”

Cotton kemudian bertanya kepada Chew sama ada beliau “pernah dikaitkan atau bergabung dengan Parti Komunis China”, dan Chew sekali lagi menjawab “tidak”, sambil menambah bahawa beliau adalah warga Singapura.

Senator AS semalam berkata Kongres mesti segera meluluskan undang-undang, kerana salah seorang dari mereka menuduh syarikat-syarikat itu mempunyai “darah di tangan mereka” kerana gagal melindungi kanak-kanak daripada peningkatan ancaman pemangsaan seksual di platform mereka.

“Sebagai bapa kepada tiga anak kecil saya sendiri tahu bahawa isu yang kita bincangkan hari ini adalah mengerikan dan mimpi ngeri setiap ibu bapa,” kata Chew.

Beliau menambah bahawa TikTok akan membelanjakan lebih daripada AS$2 bilion (S$2.7 bilion) untuk usaha amanah dan keselamatan, tetapi enggan menyatakan bagaimana angka itu setimpal dengan pendapatan keseluruhan syarikat.

“Tahun ini sahaja, kami mempunyai 40,000 anggota profesional keselamatan yang bekerja mengenai isu ini,” katanya.

Chew mendedahkan semalam bahawa lebih 170 juta rakyat Amerika menggunakan TikTok setiap bulan.

Syarikat aplikasi video pendek milik China itu menghadapi soalan keras pada Mac tahun lalu, termasuk sesetengah pihak mencadangkan aplikasi itu merosakkan kesihatan mental kanak-kanak dan data pengguna boleh diserahkan kepada kerajaan China.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img