spot_img
spot_img

Najib : Bukan diampunkan, tetapi ‘separa ampun’

spot_img

KUALA LUMPUR: Hukuman penjara bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sabitan rasuah ‘dikhabarkan’ telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun sahaja oleh Lembaga Pengampunan berikutan mesyuaratnya pada Isnin (29 Januari), memetik sumber dari portal CNA. Menurut sumber itu lagi, mereka menerima informasi itu dari sumber pegawai kerajaan yang dekat dengan perkara itu.

Keputusan lembaga pengampunan yang diketuai oleh Yang DiPertuan Agong juga menyentuh akan pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta). Tetapi nilai pengurangan tidak dinyatakan, menurut CNA.

Pengampunan separa diraja atas peranan Najib dalam kes jenayah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat selepas beliau telah menjalani hukuman penjara lebih kurang dua tahun. Pengurangan itu bermakna Najib dijangka akan dibebaskan pada Ogos 2028.

- Advertisement -

Tetapi jika berkelakuan baik, beliau boleh keluar lebih awal iaitu pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara baharu (6 tahun).

Semalam, tular mengenai pengampunan Najib selepas Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengesahkan pada hari Selasa lalu bahawa ahli lembaga pengampunan termasuk dirinya telah bertemu pada hari Isnin lalu. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan kelak. Ia juga dikatakan sebagai salah satu tugas rasmi yang terakhir oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin.

Hari ini, 31 Januari 2024, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke 17.

- Advertisement -

Najib mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022 selepas dua rayuannya gagal untuk membatalkan sabitan di Mahkamah Tinggi Malaysia dua tahun sebelumnya. Tuduhan itu melibatkan pemindahan RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank peribadinya pada 2014 dan 2015. Beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020, dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Najib masih belum menjelaskan nilai denda sehingga kini.

Selain itu, beliau juga menghadapi beberapa pertuduhan lain berhubung skandal 1MDB, termasuk pengubahan wang haram RM27 juta membabitkan dana daripada SRC International.

Malaysia adalah sebuah negara raja berperlembagaan, memberikan kuasa penuh kepada Agong berkenaan keputusan pengampunan penjenayah yang disabitkan kesalahan.

Pengampunan diraja berprofil tinggi telah berlaku pada pertengahan Mei 2018 sejurus Pilihanraya Umum Ke 14, apabila Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, Sultan Muhamad V dari Kelantan, memberikan pengampunan penuh kepada Anwar Ibrahim yang telah menjalani hukuman penjara lima tahun dari 2015 kerana dakwaan salah laku seksual, pertuduhan yang dipercayai sebilangan besar rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadap dirinya.

Anwar Ibrahim juga pernah memfailkan dua petisyen berasingan untuk pengampunan diraja, pada 2015 dan 2017, dan kedua-duanya ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img