spot_img
spot_img

7-Eleven sokong perjuangan tentera Zionis

spot_img

Rantaian kedai serbaneka 7-Eleven di Israel merupakan antara penyokong terbesar serangan besar-besaran ke atas penduduk Gaza, dalam sebuah trend yang menyaksikan pemegang lesen francais tempatan jenama global menyatakan sokongan moral kepada rejim Zionis.

Sejurus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, 7-Eleven menawarkan diskaun 50% kepada askar Israel yang dikerah untuk operasi ketenteraan di Gaza, yang setakat ini telah mengorbankan hampir 20,000 orang awam Palestin.

“Kita semua bersatu. Kita mahu hantar bantuan kepada semua pejuang. Dan kepada pasukan keselamatan dan penyelamat yang berada di barisan hadapan,” menurut petikan ditulis dalam bahasa Ibrani dan dimuat naik di media sosial 7-Eleven Israel.

– Iklan –

- Advertisement -

Kiriman itu menyerupai pengumuman McDonald’s Israel untuk menghantar makanan percuma kepada anggota tentera yang ditugaskan di Gaza, langkah yang hanya menguatkan lagi kempen boikot di negara-negara Islam terhadap rantaian makanan segera popular itu.

Selain diskaun istimewa dan sokongan moral, 7-Eleven di Israel juga memasang papan skrin di semua cawangannya, menggesa rakyat Israel menghantar mesej untuk dipaparkan sebagai tanda solidariti bersama kempen rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kongsikan dengan komen atau hantarkan pesanan peribadi kepada kami, dan kami akan memaparkannya secara langsung pada skrin di semua cawangan kami!” kata mesej yang disiarkan bulan lalu, menggesa orang ramai menghantar hasil seni, lagu atau ucapan “kepada mereka yang berada di barisan depan”.

- Advertisement -

7-Eleven dilancarkan di Israel hanya pada awal tahun ini, dengan rancangan untuk membuka kira-kira 400 lagi cawangan.

Usahanya menunjukkan sokongan kepada tindakan ketenteraan di Gaza bagaimanapun boleh memakan diri dengan tempias yang akan dirasakan oleh 7-Eleven di negara lain, seperti mana pendirian tindakan McDonald’s Israel sebelum ini merancakkan sebuah kempen boikot di seluruh dunia Islam dan beberapa ibu negara Barat yang menyaksikan perhimpunan besar-besaran pro-Palestin sejak beberapa bulan ini.

MalaysiaNow sedang cuba menghubungi pengendali rantaian 7-Eleven di Malaysia untuk mendapatkan maklum balas.

Sejak Israel melancarkan kempen pengebomannya di Gaza, gerakan boikot memaksa McDonald’s di banyak negara Islam cuba menjauhkan diri daripada rakan francais mereka di Israel, dengan mengatakan syarikat itu beroperasi sebagai entiti berasingan di setiap negara.

Ia termasuk McDonald’s Malaysia, yang dilihat gigih menangkis persepsi pengguna tempatan bahawa syarikat itu ada kaitan dengan konflik di Gaza.

Walaupun dengan kempen media sosial ditambah dengan usaha pegawai tertinggi syarikat itu mendapatkan sokongan agamawan, kempen boikot terhadap McDonald’s dilihat membuahkan hasil, dan menyaksikan premis yang biasanya sibuk di seluruh negara hampir kosong walaupun pada waktu puncak.

Nasib sama turut menimpa Starbucks Malaysia, di mana cawangannya di seluruh negara terpaksa menanggung beban kempen boikot yang agresif.

Syarikat kedai kopi itu menyaksikan sahamnya menjunam, mengakibatkan jumlah kerugian kira-kira AS$12 bilion yang berpunca daripada jualan yang merudum dan mogok pekerja selain kempen boikot.

Di Malaysia, Starbucks dan 7-Eleven masing-masing dimiliki Berjaya Food dan Berjaya Retail, kedua-duanya di bawah payung Berjaya Corporation, konglomerat yang dimiliki jutawan terkemuka Vincent Tan.

Sejak konflik terbaru di Gaza tercetus Oktober lalu, nilai saham Berjaya Food jatuh 17%.

Bulan lalu, Berjaya Starbucks dalam satu kenyataan memberi gambaran jualannya terjejas oleh “konflik di Timur Tengah”, sambil menyatakan harapan ia akan kembali normal.

Awal tahun ini, 7-Eleven Malaysia menamakan orang kuat PKR Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharunya.

(Farhash Wafa Salvador)

Farhash, bekas setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, yang dilihat masih mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri, menggantikan anak Tan, Robin, dalam pelantikan yang telah menerima kritikan di kalangan pelbagai pihak yang mempersoalkan kaitan kerajaan dengan towkay besar.

 

 

Sumber : Malaysianow

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img