spot_img
spot_img

DAP ‘main dua kolam’ – bahaya untuk kerajaan perpaduan

spot_img

Sekali lagi DAP menjadi kerajaan, dan kali ini nampaknya mereka masih tidak belajar dari kesilapan sewaktu menjadi kerajaan 22 bulan pasca PRU14 dahulu.

Beberapa pemerhati politik menyindir bahawa adalah lebih baik DAP menjadi pembangkang berbanding menjadi kerajaan yang memerintah, kerana mereka nampaknya ‘sengaja’ untuk tidak berpijak di bumi yang nyata.

Malah mereka sekali lagi menjadi liabiliti bagi parti Melayu yang bersama-sama mereka membentuk kerajaan. Sebelum ini Bersatu hanya bertahan selama 22 bulan bersama DAP dalam blok kerajaan, adakah UMNO juga akan menerima takdir yang sama ?

- Advertisement -

DAP cuba untuk menyeimbangkan peranan mereka sebagai menghormati orang Melayu, dan pada masa yang sama cuba untuk menjadi chauvinist untuk majoriti pengundi mereka, yang terdiri daripada bukan Melayu.

Namun pemerhati politik ingin memberi amaran, taktik ini akan menjejaskan kedudukan DAP dalam apa yang dipanggil sebagai kerajaan perpaduan di negara ini.

“DAP sentiasa konsisten dalam beberapa isu, termasuk keperluan untuk mengadakan pilihan raya majlis tempatan. Jika DAP tidak bersuara mengenai perkara yang dekat di hati penyokongnya, ia akan hilang daya tarikannya,” kata Profesor Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk.

- Advertisement -

Sebagai contoh, Pilihanraya majlis bandaran tempatan ditentang oleh UMNO dan orang Melayu kerana hakikatnya penduduk bandar dikuasai oleh kaum Cina. Kebimbangan ketara disuarakan kerana ia akan memisahkan lagi jurang antara polarasi kaum di kalangan penduduk bandar.

Nasib baik rakannya dari DAP, Nga Kor Ming, yang merupakan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata pemilihan majlis tempatan bukanlah keutamaan kementeriannya pada masa ini. Jadi idea itu terhenti, tetapi rakyat sudah tahu ‘niat’ DAP.

Menurut sumber, ada ahli-ahli dan di kalangan pemimpin DAP juga merasa tidak selesa untuk berada di dalam kerajaan yang bekerjasama rapat dengan UMNO. Sudah berdekad mereka bermusuhan dan aliran perjuangannya sungguh berbeza. Sudah tentu DAP tidak mahu nampak seperti ‘jinak’ kepada UMNO.

DAP perlu belajar dari MCA dan Gerakan yang tidak bercakap langsung bagi pihak yang tidak mengundi mereka. Apa kena mengena orang Cina perlu ada dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) tentang mahkamah Syariah ? Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham secara tidak langsung menunjukkan betapa dangkalnya sikap sensitiviti DAP terhadap orang Melayu dan urusan agama Islam. Usah bermimpi untuk bukan Melayu ingin menjadi Perdana Menteri, jika sensitiviti ini tidak dapat difahami.

Lebih mendukacitakan, cadangan DAP ini diberi perhatian oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat khususnya bukan Islam supaya menghormati, dan tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam di negara ini.

(Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham)

Sekali lagi menteri kabinet dari DAP, Setiausaha Agungnya Anthony Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, terpaksa mengambil alih dan menenangkan keadaan, menggelar cadangan Ngeh itu sebagai “kelalaian”. Ngeh kemudiannya meminta maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Adakah berlaku krisis dalaman di dalam parti DAP ? Antara yang mendokong aspirasi kerajaan Madani dengan yang tidak berada dalam kabinet. Atau dengan kata mudah, yang bersama veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang. Seolah-olah terdapat dua kem, satu lagi bersama Setiausaha Agung Anthony Loke.

(Anthony Loke dikatakan sebagai seorang pemimpin DAP yang lebih pragmatik dan tidak radikal dalam perjuangan kaum di Malaysia)

Kemudian pada 27 Disember, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kula Segaran, yang baru dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), mempersoalkan kerajaannya sendiri berkenaan ‘fungsi bertindih’ antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia, dalam menyelia pengambilan dan pengurusan pekerja asing.

Persoalan itu telah membawa kepada perbincangan antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Menteri Sumber Manusia, Sim Chee Keong, seorang pemimpin DAP, di Putrajaya, semalam.

Tidak terhenti di situ, pada tahun baru 2024, 2 Januari, bekas ahli Parlimen Bangi dari DAP, Ong Kian Ming mengkritik akan kelemahan keselamatan di Hab Pangkalan Data Pusat (Padu), hanya selepas beberapa jam ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerajaan segera bergegas untuk menangani isu yang dibangkitkan, dengan Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata bahawa Kabinet telah bersetuju untuk meneruskan sistem pendaftaran itu juga.

(Dr Ong Kian Ming) NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ

Jika dilihat, ramai pemerhati politik bersetuju bahawa tindak-tanduk DAP ini agak janggal bagi salah satu komponen parti gabungan pemerintah untuk bersuara, yang kebiasaannya dilakukan secara tertutup.

Secara tidak langsung, ini memberi gambaran yang lebih besar, iaitu ada perkara yang tidak sealiran di dalam kerajaan perpaduan ini.

Pada masa yang sama, jika DAP terus lantang, manakala UMNO mengambil pendekatan lebih diam kecuali sayap pemudanya yang membalas semua idea-idea ‘tidak sensitif DAP’ di atas, kerajaan mungkin akan berpecah lagi. UMNO berasa tidak senang dan mungkin terpaksa kembali menjadi ekstrem seperti sewaktu mereka menjadi pembangkang pasca PRU14 lalu. Jika tidak, Umno akan dilihat tidak mempertahankan hak orang Melayu dan Islam di negara ini.

(UMNO dilihat masih lagi berusaha menjaga keharmonian kerajaan perpaduan dengan tidak menyerang DAP secara terbuka – di mana ia telah menjadi senjata kepada pembangkang, PN untuk menyerang UMNO)

Mungkin pemimpin DAP yang tidak berada di dalam barisan kabinet, lebih bebas memberi pendapat dan bersuara tanpa memikul kesan serta tanggungjawab, atau mahu dilihat sebagai sebuah parti yang tidak berkompromi dan kekal dengan prinsipnya, tetapi pada masa yang sama mereka juga ‘menyumbang’ kepada keretakan kerajaan perpaduan yang baru setahun jagung ini.

Apabila pilihanraya berlangsung kelak, para penganalisis politik percaya undi bukan Melayu akan tetap kepada DAP dan PH kerana mereka adalah kerajaan. Tetapi tindak-tanduk DAP ini telah merugikan UMNO dan sokongan orang Melayu dijangka akan terus merosot jika parti Melayu tertua itu berada lebih lama dengan DAP, seperti mana berlakunya kepada Bersatu dahulu.

UMNO semasa era Barisan Nasional (BN) berkuasa pada masa lalu, bersama parti MCA, MIC dan lain-lain, mereka mempunyai struktur yang jelas, dan sistem hierarki serta parti dominan majoriti kaum yang kuat.  Semua masalah berjaya ditangani secara tertutup.

Jika DAP ingin terus memainkan peranan sebagai pembangkang dan kerajaan pada masa yang sama, ia mungkin baik untuk DAP dan para penyokong bandar dan bukan Melayu mereka, tetapi tidak untuk kerajaan perpaduan dan sokongan orang Melayu di luar bandar. Kerajaan perpaduan akan diserang dari semua sudut terutama sekali soal agama dan kaum Melayu.

Sudah terdengar ‘suara dalaman’ yang melabelkan tindak-tanduk DAP baru-baru ini sebagai tindakan mensabotaj kerajaan. Sejauh mana kesahihannya, setakat ini ia masih menjadi pengkajian pemerhati politik.

Anwar tidak mempunyai sokongan Melayu majoriti. Sokongan kepada beliau adalah jitu dari penyokong DAP. Jikalau mungkin Anwar tidak akan dapat bertahan sebagai Perdana Menteri, adakah kemungkinan akan terbentuknya satu lagi gabungan antara UMNO, PAS, Borneo atau mungkin bersama Bersatu juga, untuk mengambil alih kuasa. Maka kuasa politik orang Melayu kembali menjadi dominan.

Negara telah terbukti makmur di bawah kepimpinan parti Melayu yang dominan sebelum ini tanpa ‘memiskinkan’ rakyat bukan Melayu, malah mereka tetap menjadi kaum terkaya di bumi bertuah ini.

 

 

Komentar editor politik ini tidak melambangkan pendirian Berita Tular.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img