London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Angelina Jolie : Hak Asasi Manusia berdasarkan ‘kepentingan perniagaan’

spot_img

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) – Bintang Hollywood yang sangat aktif dengan misi kemanusiaan, Angelina Jolie, mempersoalkan kenapa undang-undang hanya dikenakan pada sekumpulan orang tertentu sahaja, tetapi tidak untuk kumpulan lain, “walaupun mereka berada di PBB.”

Bercakap kepada wartawan, Waad Al Kateab, Jolie berkata, 20 tahun yang lalu ketika pelakon itu mula aktif misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa, beliau mempunyai tanggapan tentang sekumpulan orang yang dikatakan “baik”, sama ada pada negara atau individu tertentu.

Tetapi kini ternyata tanggapan dia selama ini meleset. Dia sedar bahawa hak asasi manusia merupakan tidak adil dan dipilih hanya untuk kumpulan orang tertentu sahaja.

- Advertisement -

Realitinya, dunia beroperasi berdasarkan “kepentingan perniagaan,” kata Angelina Jolie, bekas duta muhibah PBB dan menjadi wakil khas sehingga tahun 2022.

Menyifatkan situasi ini sebagai menjengkelkan, Angelina Jolie berkata, ia sangat mengecewakan dirinya terutama sekali “sebagai seseorang yang telah menyaksikan jenayah perang secara langsung.”

Kerajaan, ahli politik dan pembuat keputusan membuat hanya bercakap dan berjanji kosong, tiada apa yang berubah, tegasnya.

Beliau menyatakan walaupun orang sering dibesarkan dengan idea bahawa “penjajahan berakhir,” hakikatnya kawalan dan penyalahgunaan oleh negara membangun masih berterusan.

Angelina menambah, semuanya dikawal oleh negara yang mempunyai kuasa veto di PBB untuk kepentingan perniagaan mereka. Negara yang mempeunyai kuasa veto adalah China, Perancis, Russia, Britain dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini boleh membatalkan sebarang usul yang dibawa, malah mereka mampu menyekat undi majoriti di PBB dengan kuasa sebuah negara sahaja.
- Advertisement -

Bulan lalu, Angelina Jolie mengecam pengeboman berterusan Israel ke atas Gaza dan mengatakan bahawa tentera Zionis sedang melakukan hukuman kolektif terhadap orang awam Palestin.

Sambil menyiarkan gambar kemusnahan di Gaza menerusi media dalam talian, dia menulis: “Ini adalah pengeboman yang disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri. Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan telah menjadi kubur besar-besaran dengan cepat”.

“40% daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak berdosa. Seluruh keluarga sedang dibunuh. Sementara dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, berjuta-juta orang awam Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga – sedang dihukum dan tidak berperikemanusiaan secara kolektif, semuanya sedang berdepan kekurangan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan terhadap undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin dunia telah terlibat dengan jenayah di Palestine kerana menghalang gencatan senjata daripada direalisasikan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img