spot_img
spot_img

AMANAH patut suarakan yang lebih baik untuk orang Melayu dalam kerajaan

spot_img

Shah Alam 23 Disember : Hari ini bermulanya Konvensyen kebangsaan Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan salah satu komponen kerajaan perpaduan. Amanah dilihat sebagai ‘pengganti’ PAS di persada politik tanahair kerana ia terbina dari pecahan kepimpinan parti itu.

Tetapi sayang sekali parti yang kecil ini tidak begitu bijak dan sensitif terhadap sentimen bangsa Melayu kini. Di awal hari konvensyen mereka pagi tadi, Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau mahu ahli parti menolak diskriminasi kaum dan menghentikan semua ekspresi penguasaan kaum terhadap kaum minoriti, sambil menyalahkan pembangkang Perikatan Nasional (PN) sengaja memainkan sentimen Melayu dan agama untuk menakutkan umat Islam di Malaysia.

Ternyata Mohammad Sabu tidak peka terhadap kerisauan orang Melayu. Walaupun orang Melayu adalah suatu kaum yang majoriti, namun dari segi ekonomi, kewangan, pendidikan dan taraf hidup mereka semakin merosot sejak bermulanya tempoh pentadbiran UMNO di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

- Advertisement -

Ditambah dengan kuasa politik Melayu yang bercerai-berai selepas PRU14, ia membolehkan parti berasaskan bukan kaum Melayu mampu membuat keputusan dan menjadi dominan akibat perpecahan orang Melayu. Inilah sebenarnya yang membimbangkan orang Melayu. Ditambah dengan kurang kesedaran politik bijak oleh Melayu luar bandar.

Mohammad Sabu harus sedar bahawa bukan soal siapa yang lebih tinggi atau soal tolak ansur seperti yang beliau ucapkan, tetapi soal keyakinan orang Melayu terhadap kerajaan perpaduan demi menjaga keseluruhan orang Melayu.

Presiden Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu harus peka dan turun ke bawah melihat sentimen kegusaran orang Melayu ini. Isu-isu yang dibawa oleh DAP seperti Perdana Menteri boleh daripada bukan Melayu dan pilihanraya di bandar baru-baru ini, seolah-olah tidak dibangkang langsung oleh Amanah. Rakyat Melayu melihat semua ini sebagai suatu kebimbangan kepada kerajaan dan ia telah menjadi senjata kepada pembangkang PN.

- Advertisement -

Ditambah lagi semalam apabila tokoh pemimpin Melayu yang terkenal, Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan negara yang dihormati selama ini, telah disita bangunan miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di mana di kawasan Kuala Lumpur hanya ada berapa kerat sahaja bangunan milik orang Melayu. Orang Melayu secara kasar melihat ini sebagai serangan kepada usahawan Melayu.

Billionaire Malaysia, Tan Sri Syed Albukhary juga sering disebut-sebut oleh Perdana Menteri sebagai seorang yang sering mendapat keistimewaan yang  tidak boleh lagi dinikmati oleh golongan Melayu. Ini mengusarkan orang Melayu terhadap polisi kerajaan, di mana usahawan-usahawan bangsa lain yang jauh lebih ramai dan kaya tidak ‘diganggu’ kerajaan.

Orang Melayu telah lama mengamalkan toleransi, sikap yang baik santun serta terbuka terhadap budaya dan cara hidup bukan Melayu. Amanah harus sedar bahawa tingkah laku bukan Melayulah yang sering menjadi tembok pemisah antara kaum di negara ini.

Lihat di sektor swasta, berapa banyak pemimpin di syarikat swasta milik bukan Melayu di ketuai oleh orang Melayu ? Apakah bahasa kelayakan untuk meminta kerja di sana, Mandarin ? Apakah beza gaji antara graduan Melayu dan bukan Melayu ? Boleh bilang dengan jari penglibatan dan kelebihan orang Melayu di sektor swasta terutamanya yang dimiliki oleh bukan Melayu.

Bagaimana pula di syarikat-syarikat kerajaan (GLC) atau pun sektor kerajaan ? Orang Melayu menerima bukan Melayu untuk menjadi ketua organisasi mereka.

Contoh lihat struktur Maybank dengan Hong Leong Bank, anda sendiri boleh melihat betapa terbukanya penerimaan Melayu terhadap bukan Melayu.

Contoh lagi, anda lihat di Media Prima sebagai contoh, mereka mempunyai bahagian teknologi maklumat yang diketuai sepenuhnya oleh bukan Melayu. Cuba anda lihat di akhbar Sin Chew Jit Poh pula, mungkin kaum bumiputera hanya menjadi guard sahaja di pintu masuk head quarters mereka.

Apatah lagi sekolah kebangsaan, siapa yang menentang kuat untuk anak-anak kita bermain bersama sejak dibangku sekolah lagi ? Jika tidak tentangan kuat oleh orang Cina, pasti sekolah wawasan dapat direalisasikan. Tetapi kaum Cina tetap ingin mempertahankan budaya mereka dengan sekolah jenis kebangsaan. Adakah Mat Sabu sedar akan perkara ini ?

Amanah perlu sedar bahawa yang telah berkorban banyak adalah orang Melayu. Dasar EKonomi Baru juga secara tidak langsung yang memperoleh keuntungan terbanyak adalah bukan Melayu. Siapa yang control bahan mentah pembinaan ? Siapa yang menguasai peralatan teknologi maklumat di Plaza Low Yat ? Siapa yang kartel terbesar bahan makanan ? Kekayaan sebenar masih dikuasai oleh bukan Melayu. Mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia sejak merdeka gagal memecahkan monopoli ini. Sama sahaja semua menteri Melayu yang pernah mentadbir, lebih cenderung dan mudah percaya dengan peniaga Cina.

Orang Melayu ingin mengetahui apakah yang Amanah akan memperjuangkan demi kelangsungan orang Melayu dengan cabaran-cabaran yang disebut di atas. Bukan dengan ‘mengampu’ bukan Melayu. Kerajaan perpaduan kini kritikal dan perlukan semula sokongan orang Melayu.

Jangan salahkan PN menggunakan kaum dan agama untuk memainkan politik identiti dengan cuba menegaskan penguasaan bukan Melayu terhadap kaum lain. Setiap parti politik Melayu yang menjadi pembangkang, mereka tetap memainkan isu ini. Sebelum ini UMNO semasa pembangkang juga memainkan racial card dan menyerang DAP bersama Bersatu dan telah berjaya menumbangkan pakatan itu.

Di sinilah rakyat harus bijak, bahawa tiada parti politik yang betul-betul memberi jaminan menjaga kebajikan orang Melayu. Orang Melayu sendiri perlu bijak dalam percaturan politik mereka tanpa taksub kepada mana-mana parti atau pemimpin politik. Jadi lebih flexible. Kita bukan lagi di zaman penjajah. Zaman ini harus lihat siapa yang walk the talk.

Jangan menjadikan bahan lawak tentang isu kaum. Apabila Mat Sabu memberi pengiktirafan kepada Anthony Loke yang sibuk bekerja demi semua rakyat Malaysia hingga belum mempunyai anak, ia sama seperti Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat u-turn untuk mempertahankan jawatannya selepas nasihat daripada isteri beliau. Adakah ini sahaja kualiti visi pemimpin parti politik Melayu sekarang untuk menggantikan UMNO ?

Mat Sabu berkata orang Melayu mempunyai anak ramai dan tidak perlu berasa terancam dengan kaum Cina yang anak lebih sedikit. Kita bukan bercakap berkenaan soal bilangan, tetapi kualiti hidup. Yahudi paling sedikit di dunia tetapi mereka mengawal semua perkara di dunia ini. Jangan jadikan ini bahan lawak atau merendahkan tahap pemikiran orang Melayu. Adakah ini sahaja level kepimpinan Amanah ?

Majoriti kaum tidak akan bermakna jika semua yang ada hanya menjadi pengguna, peminta sedekah, dan hanya menjadi pekerja kepada bukan Melayu.

Mohamad Sabu juga berkata kekuatan Amanah terletak pada keterbukaan dan keterangkuman tanpa mengira kaum. Jadi jelas orang Melayu tidak boleh menaruh harapan kepada Amanah. Mereka sama seperti parti PKR dan DAP. Parti pelbagai kaum.

Konvensyen Amanah berlangsung selama tiga hari dan akan berakhir esok di mana kepimpinan baharu diundi. Orang Melayu tidak boleh mengharap apa-apa daripada konvensyen ini.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img