spot_img
spot_img

Manfaatkan ekonomi digital, jadi usahawan tahun baru 2024

spot_img

KEUSAHAWAN digital menjadi sektor terpenting dan menjadi perbualan popular mutakhir ini, lebih-lebih lagi selepas berlakunya penularan COVID-19.

Semasa wabak melanda dengan mendadak, banyak perniagaan tidak dapat beroperasi secara fizikal, kedai dan restoran pula terpaksa ditutup. Pemilik perniagaan perlu berfikir bagaimana mempelbagaikan perniagaan serta mengalihkan kaedah berinteraksi dengan pelanggan melalui perniagaan digital.

Perniagaan digital wujud seawal 90-an ketika internet digunakan secara komersial seluruh dunia. Laman sesawang yang mulanya mempamerkan maklumat, menjadi platform menjalankan perniagaan.

- Advertisement -

Ketika ini, wujud istilah baharu perdagangan elektronik atau e-dagang. Di Malaysia, kewujudannya seawal dekad ke-20. Istilah e-dagang berkembang menjadi perniagaan elektronik, diikuti pasaran dan pemasaran elektronik.

Apabila media sosial muncul dan diterima, istilah perdagangan sosial pula digunakan dan sekarang, perniagaan atau pemasaran digital merujuk perniagaan dalam talian. Mereka yang meneroka medium ini bagi tujuan perniagaan dan mendapat keuntungan melaluinya dikenali usahawan digital.

Keusahawanan digital pula merujuk penciptaan sesuatu usaha baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini.

- Advertisement -

Perkembangan teknologi digital terkini membawa perubahan model perniagaan sedia ada dan penciptaan baharu, pengenalan produk dan perkhidmatan baharu serta peningkatan kecekapan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya saing.

Peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital penting mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional, dengan tenaga penggerak kebanyakannya usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bagi merealisasikan tujuan ini, Jendela Biz melancarkan Tawaran Menjadi Pemilik Bisnes Digital hingga 31 Disember 2023 ini yang memperuntukkan modal pembangunan bisnes bagi pembangunan platform perniagaan digital dan sokongan teknikal untuk menerapkan penggunaan teknologi digital dalam operasi dan saluran perdagangan usahawan tersebut.

Ini secara tidak langsung memberi tumpuan penting untuk meningkat dan merangsang pembangunan perniagaan digital dan menjimatkan kos menggaji tenaga kerja digital mereka sendiri. Jendela Biz memainkan peranan sebagai rakan niaga dalam membangunkan platform digital mereka termasuk website, applikasi, payment gateway, e-wallet, dan lain-lain.

Dijangka melalui perkembangan perniagaan digital ini akan meningkat keuntungan usahawan ini dengan pantas di tahun 2024.

Ekonomi digital gelombang baharu mampu mewujudkan pelbagai peluang perniagaan serta pekerjaan, sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan dan mengurangkan kos serta menjimatkan masa operasi.

Pelajar lepasan sekolah, kolej atau universiti tidak perlu lagi hanya berharap menjadi pencari kerja, sebaliknya boleh berubah menjadi pencipta atau pemberi kerja dengan modal yang rendah dari promosi ini.

Banyak peluang baharu dapat diteroka dan dicipta, contohnya penghantaran atau e-hailing yang semakin diperlukan.

Selain itu, Jendela Biz juga akan membimbing usahawan ini dalam melakukan pemasaran digital untuk menarik lebih ramai pelanggan secara percuma.

Secara am, banyak ruang serta peluang dapat diteroka dalam dunia digital. Kemahiran berniaga ditambah kemahiran digital bakal memberi ruang untuk usahawan meneroka lebih jauh.

Kuasa internet, teknologi Jendela Biz yang mudah serta viral dalam dunia digital boleh mencetus fenomena baharu keusahawanan.

Setiap usahawan wajar meneroka dunia digital untuk bangkit kembali selepas melalui detik sukar COVID-19.

Untuk itu, usahawan perlu mengubah minda bahawa kelangsungan perniagaan pasca pandemik tidak seharusnya ada modal besar, bahkan tidak memerlukan kedai fizikal.

Mereka boleh bekerja dari rumah atau kedai dalam talian.

Mereka boleh juga menceburkan diri sebagai Program Francais Jendela Biz, iaitu memainkan peranan penting untuk mempromosi dan akhirnya menjual sistem digital kepada para usawahan. Ia seperti konsultan digital.

Digital adalah masa kini dan masa hadapan. Jangan ketinggalan.

 


Sumber penting penulisan adalah daripada Profesor Madya di Pusat Kajian Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan Universiti Kebangsaan Malaysia uang disiarkan di Berita Harian dan daripada pasukan pemasaran Jendela Biz

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img