spot_img
spot_img

Dunia Islam tidak mampu bantu saudara seagama

spot_img

BEIJING: Betapa lemahnya negara Islam, terutamanya negara-negara Arab di dalam membantu saudara seagama mereka di Palestin.

Persidangan OIC minggu lalu di Riyadh Arab Saudi hanya mengeluarkan retorik kecaman yang tidak membantu walau sekumit pun rakyat Palestin.

Yang lebih menyedihkan ialah terdapat negara-negara kaya Arab yang menghalang usaha tekanan keras dari segi ekonomi dan diplomatik dengan rejim pengganas Israel.

- Advertisement -

Kini, pemimpin-pemimpin negara Islam ini, pergi pula ke China untuk melakukan ‘sembang-sembang’ lagi. Bukan sahaja tidak mampu menolong saudara seagama, malah pemimpin dunia Islam terpaksa kelihatan tidak bermaruah dengan memerlukan kuasa bukan Islam seperti China, Russia untuk memberi tekanan kepada Israel.

China sekarang menjadi tuan rumah bagi rundingan bersama para menteri luar dari negara-negara Arab dan Islam yang diadakan pada Isnin (20 Nov) dan Selasa. Manakala rakyat Palestin terus dibom dan angka kematian meningkat hingga ke 13,000 nyawa.

Ia turut disertai Menteri Luar Indonesia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menteri-menteri luar Penguasa Palestin di Tebing Barat, Arab Saudi, Jordan dan Mesir juga bakal menghadirinya.
Serangan Hamas itu dikatakan membunuh 1,200 orang dan menyaksikan 240 tebusan ditahan, dalam serangan yang paling dahsyat pernah berlaku ke atas Israel semenjak menceroboh bumi Palestin.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img