spot_img
spot_img

Barangan Halal India untuk ekspot dikhuatiri tidak ikut piawaian

spot_img

NEW DELHI, 19 Nov — Pertubuhan Islam terkemuka India menzahirkan kebimbangan risiko kepada eksport oleh syarikat India jika piawaian halal yang tepat tidak dikekalkan berikutan pengharaman produk halal oleh negeri utara India itu sendiri, di Uttar Pradesh.

Permintaan global untuk produk yang diperakui halal adalah kukuh. Ia penting bagi syarikat India untuk mendapatkan pensijilan yang mengikut piawaian untuk mengeksport barangan mereka ke negara Islam, kata Amanah Halal Jamiat Ulama-i-Hind dalam satu kenyataan.

Pensijilan itu bukan sekadar keperluan oleh banyak negara pengimport, tetapi juga membantu pelancong untuk melawat India dalam memilih produk, kata badan Islam itu.

- Advertisement -

Ia berkata propaganda buruk dari pasaran domestik India terhadap pensijilan halal mungkin secara langsung akan menjejaskan kepentingan negara itu kerana India mendapat manfaat daripada eksport halal dan pelancongan dalam hubungannya dengan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam dan wilayah seperti di Asia Tenggara.

Pensijilan halal bermaksud sesuatu produk dikilangkan mengikut peraturan Islam, yang menentukan apa yang dibenarkan untuk dimakan dan menetapkan piawaian kebersihan dan etika yang ketat dalam penyediaannya.

Sebagai contoh, produk yang disahkan halal mestilah bebas daripada kesan daging babi dan alkohol.

- Advertisement -

Uttar Pradesh merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai di India, yang diperintah oleh nasionalis Hindu Bharatiya Janata Party, pada hari Sabtu baru-baru ini mengharamkan pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penjualan produk dengan pensijilan halal berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, larangan itu mengecualikan produk untuk tujuan eksport.

Larangan itu susulan aduan polis oleh seorang lelaki tempatan yang mendakwa pensijilan halal digunakan secara tidak adil dan mengelirukan oleh sesetengah syarikat untuk meningkatkan harga jualan mereka.

Syarikat makanan dan produk pengguna India mendapatkan pensijilan halal untuk dijual kepada negara Islam lain dan kontroversi politik yang sedang berlaku di India (hubungan Hindu – Islam) boleh menjejaskan kepercayaan dunia Islam terhadap barangan India.

“Ini adalah keputusan yang pelik. Ia menunjukkan bahawa piawaian halal di India boleh berbeza untuk pasaran domestik dan pasaran eksport,” kata Mufti Habib Yusuf Patel, presiden Majlis Halal India yang berpangkalan di Mumbai.

“Propaganda menentang halal didorong oleh politik dan pemikiran dangkal. Ia akan menghakis kepercayaan terhadap syarikat India yang menggunakan label halal untuk mengeksport barangan kosmetik, daging, ayam itik dan makanan,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Beliau berkata, sebilangan besar syarikat yang mendapatkan khidmat nasihat organisasinya dimiliki oleh bukan Islam dan mereka mendapatkan khidmat nasihat mengenai piawaian Syariah kerana ingin menarik pelanggan Islam.

“Kami menasihati mereka tentang apa yang halal dan apa yang dilarang serta bagaimana mereka boleh menjadikan produk mereka sesuai untuk pengguna Islam dengan mengikut peraturan tertentu. Ia membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka,” kata Habib.

Kira-kira 20 peratus daripada 240 juta penduduk Uttar Pradesh adalah Muslim, manakala penduduk Islam di India melebihi 200 juta.

Jamiat Ulama-i-Hind berkata dakwaan yang ditimbulkan terhadap pensijilan halal adalah tidak berasas dan merupakan percubaan untuk menyebarkan maklumat yang salah.

Beberapa orang mengulas di media sosial menunjukkan bahawa India adalah pengeksport utama daging kerbau yang diproses dalam kilang yang disahkan halal.

Ketua Majlis Halal itu berkata pengguna mesti bebas membuat keputusan sama ada mereka mahu membeli produk berlabel halal atau tidak.

“Rakyat mesti mempunyai kebebasan untuk memilih produk mereka. Sebagai contoh, sesetengah syarikat bakeri melabelkan produk mereka sebagai bebas telur kerana sesetengah orang di India tidak makan telur. Begitu juga, syarikat melabelkan produk mereka sebagai sesuai untuk pengguna vegetarian dan bukan vegetarian,” kata Habib.

“India harus melihat Malaysia, di mana perdagangan halal berkembang maju kerana standard pensijilan yang tinggi,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img