spot_img
spot_img

Aktor Friends meninggal dunia

spot_img

LOS ANGELES, 29 Okt — Matthew Perry, salah seorang bintang sitkom TV popular Friends di era 90-an ditemui mati di rumahnya Sabtu lalu, lapor media di Amerika Syarikat. Aktor itu berumur 54 tahun.

Pihak polis memberitahu Los Angeles Times bahawa Perry ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi panas di rumahnya di Los Angeles oleh kenalannya. Bantuan pernafasan diberikan namun gagal.

LA Times dan TMZ, yang pertama kali melaporkan berita itu, kedua-duanya berkata tidak ada tanda-tanda jenayah.

- Advertisement -

Perry terkenal dengan watak Chandler Bing dalam sitcom Friends yang sangat popular di NBC, yang berlangsung selama satu dekad, 10 musim, dari 1994 hingga 2004.

(Hasil kerjayanya dilaporkan menghasilkan nilai bersih kekayaan $120juta)

- Advertisement -

Perry telah berjuang selama bertahun-tahun dengan ketagihan terhadap ubat penahan sakit dan alkohol dan menghadiri klinik pemulihan beberapa kali.

Semasa gabungan Friends yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Perry mengejutkan rakan pelakonnya dengan mengakui mengalami kebimbangan yang teruk “setiap malam” semasa penggambaran.

Pihak berita juga melaporkan tiada dadah ditemui di tempat kematiannya.

Selain sitcom Friends, Perry muncul dalam filem seperti Fools Rush In dan The Whole Nine Yards.

 

 

Sumber — AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img