spot_img
spot_img

Pekerja pasaraya kini miliki RM10juta perniagaan online

spot_img

Neil Lassen ialah seorang pelajar kolej yang membuat $8 (RM40) setiap jam dengan menolak troli di pasaraya Target. Kemudian timbul idea untuj menjalankan perniagaan secara online dan menjana wang secara e-commerce. Pada mulanya, cita-citanya adalah untuk cukup duit tambahan sahaja.

“Secara jujur, matlamat awal saya adalah untuk membuat seperti $15 (RM75) setiap hari,” kata Lassen. “Saya tidak kisah bagaimana saya melakukannya,” sambungnya, kerana wang itu akan menampung sewanya, “dan wang itu juga menampung makanan ruji setiap harinya.” Selagi dia boleh berbuat demikian, katanya, dia akan berpuas hati.

Dia mula melihat perkara seperti pemasaran melalui keahlian, dan cara menjana wang di YouTube. Akhirnya, dia mula menjual produk fizikal dan memasuki e-dagang. Dalam beberapa bulan, dia memperoleh pendapatan lebih daripada cukup untuk berhenti kerja.

- Advertisement -

Hari ini, Lassen tinggal di Boulder, Colorado Amerika Syarikat dan menghabiskan hari-harinya bekerja pada perniagaan e-dagangnya, mengajar orang lain cara menjana wang dengan menjual barangan dalam talian seperti yang dia lakukan. Menurut rekod yang dilihat oleh portal Insider, perniagaannya memperoleh pendapatan lebih daripada $2 juta (RM10 juta) pada tahun lepas.

Dia berkongsi dengan Insider tiga pengalamannya tentang wang yang membantunya beralih daripada gaji setiap jam kepada gaji untuk dirinya sendiri.

1. Anda perlu melakukan sesuatu untuk diri sendiri

- Advertisement -

Lassen berkata nasihat wang yang terbaik adalah nasihat yang dia dapat daripada bapanya, yang juga seorang usahawan.

“Dulu di kolej, saya susah bekerja dan cuba membayar sewa,” kata Lassen. Ayahnya secara umum memberitahu dirinya bahawa ‘Apa sahaja yang anda mahu, anda perlu melakukannya sendiri.'”

Nasihat ini mendorongnya untuk mula mencuba perkara baharu untuk mendapatkan wang dalam talian  — walaupun dia tidak mempunyai pengalaman pun berniaga secara online — dan percubaan serta kesilapan itu mengajarnya cara mula menjana wang sendiri.

2. Simpanan didahulukan sebelum melabur

Satu lagi perkara yang Lassen pelajari tentang wang semasa hidup kais pagi makan pagi di kolej adalah sangat mudah untuk menghilangkan semua pendapatan anda jika anda tidak memberi perhatian kepada setiap kewangan anda. Sikap berjimat cermat yang dia pelajari pada masa itu sangat membantunya apabila tiba masanya untuk memulakan perniagaan sendiri.

“Anda memerlukan wang yang disimpan untuk benar-benar melaburkannya,” kata Lassen. Baginya, melaburkan wangnya bermakna melaburkannya semula ke dalam perniagaannya, supaya dia boleh mengembangkannya dan memperoleh lebih banyak lagi.

Lassen berkata bahawa apabila dia cuba untuk berhenti bekerja di pasaraya Target dan mula bekerja untuk dirinya sendiri, dia akan “membeli seperti 50 paun beg beras daripada pemborong,” dan melabur segala-galanya kembali ke dalam perniagaan untuk mengembangkan usaha niaga onlinenya. Akhirnya, strategi itu berjaya untuknya. “Selagi perniagaan itu diuruskan dengan fokus, maka perniagaan itu akan menjaga saya,” kata Lassen.

Sehingga hari ini, Lassen menganggap dirinya seorang yang agak berjimat cermat dan tidak membelanjakan sejumlah besar pendapatannya untuk kegunaan peribadi — walaupun terdapat “sedikit peningkatan gaya hidup.”

“Saya masih seorang yang agak jimat, ” kata Lassen, yang menambah bahawa dia membeli rumah dan berpindah dari Wisconsin ke Colorado. “Saya tidak kedekur, tetapi saya tidak terlalu boros.”

3. Wang adalah alat untuk mendapatkan apa yang anda mahu, bukan matlamat akhir

Lassen berkata bahawa anjakan persepsi terbesarnya ialah wang adalah alat atau “utiliti” untuk mendapatkan apa yang anda inginkan daripada kehidupan, bukannya matlamat akhir.

“Wang hanya memberi anda kebebasan untuk benar-benar menguji dan melaksanakan perkara yang berbeza yang mungkin anda minati,” kata Lassen.

Baginya, kebebasan kewangan akhirnya bermakna apabila anda mempunyai wang yang mencukupi untuk berfungsi sebagai kusyen untuk keperluan asas anda, dan apa-apa selepas itu hanyalah satu cara untuk menguji, berkembang dan memenuhi minat anda. Bagi Lassen, minat tersebut adalah “membantu orang lain melihat kejayaan yang sama.”

——————————————————-

Artikel adalah sumbangan Jendela Biz penyedia platform e-dagang terbaik di Malaysia. Hubungi support@jendela.biz atau whatsapp 0124216051 jika anda ingin memulakan perniagaan online dengan lengkap.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img