spot_img
spot_img

Sofyank mencipta nama di pentas dunia

spot_img

Anak Malaysia, Sofyank terus memberi inspirasi dan kebanggaan kepada negara.  Kreativiti dan seni filem pendeknya cukup luar biasa. Jom kenal anak muda ini yang telah popular akan video kreatifnya hingga dapat menarik minat superstar Hollywood.

Penerbit dan pencipta kandungan digital, serta pelakon VFX (visual effects) Mohamad Sofian Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Sofyank, telah memenangi Cabaran Ultimate VFX yang berprestij di dunia — Magic of the Month di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh, Zach King, personaliti media sosial terkenal Amerika Syarikat, pembuat filem dan visual effects yang terkenal di platform seperti Vine, TikTok, dan YouTube. Unsur dalam filem mereka ialah seperti magic, jenaka dan jalan cerita ringkas menarik, Zach mempunyai berjuta-juta pengikut dan peminat di seluruh dunia.

- Advertisement -

(Sofyank kiri dan idolanya Zach)

Sofyank mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya, yang menyokongnya sejak 2015 hingga hari ini dalam catatan Facebooknya.

- Advertisement -

Sofyank mula menunjukkan bakat merakam kandungan sejak berusia 14 tahun lagi melalui kamera komputer riba kakaknya.

Oleh sebab minat yang begitu mendalam, Sofyank selalu menghabiskan elaunnya sebanyak RM2 di kafe siber untuk download cara-cara buat video tutorial Youtube. Pada 25 Mac 2015, Sofyank menyiarkan video pertamanya di Instagram dan tidak lama kemudian mempunyai pengikut setia kerana dia terus menyiarkan kandungan video yang unik walaupun tidak mempunyai sebarang pembelajaran pembikinan video secara formal.

“Sejak saya mula belajar suntingan video, Zac King menjadi ‘idola’ saya dan impian saya adalah untuk bertemu dengannya secara peribadi suatu hari nanti,” katanya. Empat tahun kemudian, impiannya menjadi kenyataan.

Personaliti internet Amerika itu menghantar mesej langsung kepadanya selepas melihat video Sofyank di Instagram. “Jika anda berada di Jakarta, saya ingin bertemu dengan anda,” tulisnya Zach kepada Sofyank.

Peluang pertemuan dengan Zach King di Jakarta akhirnya membawa kepada lebih banyak peluang termasuk kerjasama dengan selebriti seperti Will Smith, John Cena, Ryan Reynolds dan Paul Rudd, mendorong pencipta VFX yang giat itu kepada kemasyhuran segera.

(Bersama A list actor Hollywwod, Will Smith)

Selepas pertemuan itu Zach King mempelawa Sofyank ke Los Angeles. Sofyank menyertai Cabaran VFX di mana mereka akan bersaing dalam ‘perlumbaan’ untuk mencipta video kreatif dalam masa 72 jam.

Dalam pertandingna itu, pencipta video kreatif perlu mengambil bahagian dalam pertandingan yang agak sukar untuk menang kerana diberikan cabaran peralatan suntingan yang terhad bagi menguji tahap kreativiti mereka.

Sofyank akhirnya menewaskan dua peserta yang lain dengan semangat dan keazaman yang tinggi untuk menarik perhatian idolanya, memenanginya peluang untuk bekerjasama dengan Zac King di platform yang terakhir. “Saya sangat kagum, Sofyank,” kata Zac King. “Saya suka penceritaan anda dan fakta visual anda. Dan gabungan itu seperti kuasa besar anda. Saya teruja untuk anda terus mencipta (filem) pada masa hadapan!”

“Saya benar-benar bersyukur. Kaki saya menggeletar sekarang, terima kasih banyak-banyak,” kata Sofyank ringkas selepas dia diumumkan sebagai pemenang. Kemudian dalam catatan Facebook, dia menulis: “Untuk ibu dan ayah, Alhamdullilah. Matlamat terbesar saya telah tercapai tahun ini.”

Adakah kemenangan ini akan melonjakkan Sofyank yang berusia 26 tahun itu ke tahap yang lebih tinggi?

(Bersama bintang filem Ant Man)

Dengan rakyat Malaysia menyokong di belakangnya, tidak dapat dipastikan apa lagi yang boleh dicapai untuk bintang muda ini!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img