spot_img
spot_img

Diskaun saman RM50 kesalahan trafik selama sebulan

spot_img

Bukit Aman, 21 April ―Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar penyelesaian khas RM50 bagi setiap saman trafik yang dikeluarkan pada 2022 atau lebih awal, selama sebulan, bermula hari ini hingga 21 Mei.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata kadar khas itu dilaksanakan buat pertama kali oleh PDRM supaya saman kesalahan tidak boleh dikompaun dapat diselesaikan.

Menurutnya, pengurangan hampir 85 hingga 86 peratus itu menunjukkan hasrat kerajaan untuk menyumbang dari segi memberi kemudahan kepada rakyat dengan mengurangkan bebanan yang dihadapi masyarakat.

- Advertisement -

Beliau berkata ini termasuk kesalahan jalan raya tidak boleh dikompaun yang memerlukan pesalah pergi terus ke mahkamah.

“Langkah ini berikutan aduan masyarakat bahawa mereka menghadapi masalah pembaharuan lesen dan cukai jalan. Jadi, dengan tawaran ini, ia akan memudahkan masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika melawat laluan alternatif Gua Musang di sini semalam.

Mat Kasim berkata bagaimanapun tawaran itu tidak sah bagi kes-kes yang sedang menunggu penyelesaian di mahkamah.

- Advertisement -

Pada masa sama, beliau menyeru masyarakat agar memanfaatkan peluang yang ditawarkan kerajaan seperti yang ada sehingga selepas Aidilfitri untuk menjelaskan saman.

“Terutama yang mempunyai saman tidak boleh kompaun, mereka harus mengambil peluang ini memandangkan tawaran seperti ini tidak pernah (dilaksanakan) dalam sejarah PDRM kerana kita terikat dengan peraturan tetapi kerajaan nampak apa yang boleh dibantu, jadi kita cuba untuk membantu sebaik mungkin.

“Tidak perlu tergesa-gesa membuat pembayaran, mari kita sambut Aidilfitri dahulu kerana masih ada masa untuk menjelaskan saman,” katanya.

Sumber : Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img